Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Tuesday 26 May 2009

Disiplin Asas Kejayaan - Sistem Merit Demerit

*****

  1. Jika diperhatikan di SMK Belawai Disiplin tidaklah seteruk mana. Masalah yang biasa berlaku ialah lewat datang kesekolah, masalah ponteng, tidak bawa buku, tidak bawa peralatan sekolah, tidak buat kerja rumah. Sesekali adalah kes berat seperti merokok di kawasan sekolah, mencuri di asrama dsb.
  2. Setakat ini belum ada kes pergaduhan yang teruk (Minta dijauhkan). Walau bagaimanapun kita perlu sentasa "awas" tentang masalah ini, kerana Kata Orang " Air tenang jangan sangka tidak ada buaya". Walau sekecil mana masalah ia perlu dibendung dari awal. Jangan menjadi seperti api " Semasa kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan".
  3. Dengan perlantikan Cikgu Abu Seman Bin Masri sebagai Ketua Guru Disiplin dan Cikgu Jeme Bin Sidi sebagai penolong Ketua Guru Disiplin, banyak masalah disiplin dapat diselesaikan. Selain dari itu guru-guru juga sentiasa diingatkan bahawa, semua guru adalah guru disiplin. Dalam pada itu PIBG SMKB juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tahap disiplin di SMKB sentiasa baik. Kerjasama dari para ibu bapa di Kampung Belawai, Jerijeh, Rajang dan Tanjung Manis sangat baik dan perlu diberi pujian. Kesedaran ibu bapa membuatkan kerja mengurus disiplin mudah dilakukan.
  4. Mamun begitu, untuk memantapkan pengurusan disiplin di SMKB, pada tahun 2007 Buku Peraturan sekolah (sistem merit dan demerit) telah diperkenalkan berpandukan kepada Buku Peraturan Sekolah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah (Sekarang Pejabat Pelajaran Daerah Mukah) seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Iktisas bil.9/1975.
  5. Dengan adanya buku ini juga, guru-guru dapat menjadikannya sebagai panduan memberi hukuman kepada pelajar yang bermasalah seterusnya P & P dalam kelas dapat berjalan dengan lancar demi kecemerlangan akademik.
  6. Buku ini juga telah diedarkan kepada pelajar dan ibu bapa dengan tujuan supaya pelajar dididik agar mematuhi peraturan dan disiplin seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ibu Bapa yang memahami peraturan sekolah seperti yang termaktub dalam buku peraturan sekolah biasanya tidak akan menyalahkan pihak sekolah jika tindakan diambil ke atas anak mereka yang melakukan kesalahan.
  7. Harapan kita SMKB akan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan tinggi, budi pekerti mulia dan amalan hidup yang sihat.


Buku Peraturan sekolah yang diterbitkan oleh PPG Mukah

Buku Peraturan SMKB

Thursday 21 May 2009

MPV - Pemprosesan Makanan

*****

  1. Alhamdulillah.. Akhirnya bangunan MPV - Matapelajaran Vokesional (Pemprosesan Makanan) akan akan dapat disiapkan pada penghujung bulan Jun ini. Harapan kita mesyuarat pada penghujung bulan Mei ini adalah mesyuarat terakhir bersama kontraktor dan pihak JKR. Seterusnya mesyuarat pada penghujung bulan Jun adalah merupakan MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN KEPADA PIHAK SEKOLAH.
  2. Perancangan awalnya projek ini hanya memakan masa 12 bulan. Bermula pada 17 Februari 2008 dan dijangka siap pada 17 Februari 2009. Malangnya projek ini tertangguh sehingga sekarang dan tarikh baru dijangka siap ialah penghujung bulan Jun. Akibatnya pengambilan pelajar pada tahun ini tertangguh buat sementara.
  3. Dalam mesyuarat bulan lepas, di Pejabat JKR Mukah, di sahkan kerja-kerja telah mencapai 90%. Hanya tinggal 10% termasuk pemasangan paip gas memasak. Walaupun sebelum ini pembinaan bangunan tersebut telah di kategori sebagai TENAT, namun pihak bertanggungjawab telah berusaha bersungguh-sungguh supaya ia menjadi kenyataan.
  4. Pada tahun hadapan akan bermulalah satu subjek baru di SMKB, iaitu pemprosesan makanan dengan pengambilan pelajar lepasan PMR seramai 25 orang dan penambahan seorang guru menjadi 56 orang, mencukupi kuota yang telah ditetapkan.
  5. Harapan kita, pelajar-pelajar yang bakal keluar nanti akan menjadi usahawan yang berjaya dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran yang telah di ajarkan kepada mereka. Dengan ini dapat juga membantu keluarga yang kebanyakkan nelayan dan berpendapatan rendah.

Kerja-kerja sedang giat dijalankan. Pada masa sekarang kerja-kerja mengecat dan membersih sekeliling bangunan dilakukan. Lantai sudah di letakkan Jubin, kerja-kerja pendawaian telah selesai dan hanya menunggu kerja-kerja pemasangan paip gas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...