Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Tuesday 5 October 2010

Selamat Hari Jadi Muzzammil





Nurul Nadhirah bersama adik Mohamad Muzzammil.













Sambutan Hari Jadi Mohamad Muzzammil (Amel) telah diadakan pada 19/9/2010 (lahir tahun 2004) manakala Hari Jadi Kakak, Nurul Nadhirah disambut pada 16/7/2010 (lahir 1995), beza umur antara keduanya kurang lebih 9 tahun. Kini umur Mohamad Muzzammil dah 6 tahun manakala umur kakaknya 15 tahun dan kini menuntut di SMK Methodist, Sibu dalam tingkatan tiga. Tiada perancangan di buat tetapi rezeki Allah.

Biasanya sambutan hari jadi kakak diadakan di rumah tetapi pada tahun ini, sengaja diadakan di Taman Selera Harmoni. Lebih santai dan dilihat lebih selesa, lebih-lebih lagi dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti kerusi meja. Manakala sambutan hari jadi adik pada tahun ini diadakan di rumah dalam suasana sambutan hari raya Idulfitri 2010. Jemputan hanya saudara mara terdekat.
Sudah siap pakai baju melayu dan kek siap sedia untuk di tiup lilinnya tiba2 tertidur pula si Amel nie. Keletihan bermain pada siangnya. Akhirnya sesi meniup lilin kek pada malam sambutan hari jadi Amel terpaksa ditangguhkan pada keesokkan harinya di rumah mak tua (neneknya) di Kampung Hilir. Hadiah Amel kali ini ialah sebuah komputer terpakai berharga RM250/= Walaupun komputer terpakai, tapi masih ok. Cukuplah bagi Amel melayari internet dan untuk bemain "game" selain tidak berebut komputer dengan kakaknya.






Mohamad Muzzammil dengan komputernya....



Gambar bawah : Gaya Tidak Sabar yang ditunjukkan oleh Mohamad Muzzammil untuk meniup lilin kek hari jadinya.





Kek yang sedia dipasang lilin untuk ditiup.











Selamat Hari Lahir,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sunday 3 October 2010

Selamat Menduduki PMR - Nurul Nadhirah

Setelah melalui perjalanan yang panjang dari Sibu/Sarikei, Sarikei/Tg Manis, Tg Manis/Daro, Daro/Mukah, dari jam 12.45pm tadi, sekarang saya di dalam bilik 302 Highway Inn, Mukah (Hotel budget) tanpa tingkap, setelah daftar masuk jam 9.15pm. Esok ada 2 mesyuarat yang menunggu, bersama persatuan pengetua bahagian Mukah dan mesyuarat dengan PPD Mukah. Yang pasti, ada agenda tertentu yang terpaksa dipikul untuk disebarkan kepada guru-guru bila pulang ke sekolah nanti.
Hari ini pertama kali saya memandu waktu malam dari Daro ke Mukah. Agak mencabar walaupun perjalanan memakan masa hampir 1 jam kerana keadaan sekeliling yang sunyi sepi dan berselisih dengan satu dua kenderaan sahaja. Tak seperti memandu di Semenanjung yang rata2 nya sibuk dengan kenderaan. Ada lah sekali sekala isteri telefon kerana bimbang saya tertidur semasa memandu berseorangan.
Sebenarnya perjalanan dari Tanjung Manis ke Daro tidaklah jauh sangat tetapi disebabkan terpaksa melintasi sungai yang luas dan terpaksa menunggu 2 buah feri untuk sampai ke Daro, perjalanan menjadi lambat, lebih-lebih lagi jika tidak bernasib baik jika sampai sahaja di jeti feri masih berada di seberang sebelah sana. Setelah sampai di Daro, berehat dan makan sekejap dan bertolak semula dari Daro ke Mukah jam 7.12pm. Masih ada satu feri lagi iaitu feri Igan untuk sampai ke Mukah. Bila sampai di jeti jam menunjukkan pukul 8.02pm. Nasib baik feri sudah sedia menunggu dan Alhamdulillah selamat sampai di Hotel jam 9.10pm. Agak meletihkan, tetapi apa boleh buat "Saya yang menurut perintah"
Satu hari lagi, peperiksaan PMR akan bermula pada 5 Oktober 2010. Niat dihati nak mengambil cuti untuk menghantar anak ke sekolah sebagai motivasi kepadanya, Nurul Nadhirah akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Apa boleh buat surat panggilan mesyuarat terlebih dahulu menyusul sebelum surat memohon cuti dihantar. Nampaknya emaknya sahajalah yang akan bersama beliau di sekolah. Nasib baik emaknya mengajar di sekolah yang sama. SMK Methodist, Sibu. Bagaimanapun ayah doakan kitak berjaya seperti mana para pelajar SMK Belawai yang ayah dan guru-guru di sini berusaha supaya mereka berjaya. Tumpukan usaha dan jawab dengan hati yang tenang dan penuh cekal. Semoga Lulus dengan Cemerlang....
Semoga Nurul Nadhirah faham tugas ayah - BUAT YANG TERBAIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...