Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Friday 31 May 2013

Selamat Ulang Tahun ke 19 - Mohamad Shariff dan Latifah

Makan2 sempena ulangtahun perkahwinan ke 19.. Tiada ada hadiah yang lebih menarik dari 3 orang cahaya mata sepanjang hidup bersama..
 


Tuesday 5 October 2010

Selamat Hari Jadi Muzzammil





Nurul Nadhirah bersama adik Mohamad Muzzammil.













Sambutan Hari Jadi Mohamad Muzzammil (Amel) telah diadakan pada 19/9/2010 (lahir tahun 2004) manakala Hari Jadi Kakak, Nurul Nadhirah disambut pada 16/7/2010 (lahir 1995), beza umur antara keduanya kurang lebih 9 tahun. Kini umur Mohamad Muzzammil dah 6 tahun manakala umur kakaknya 15 tahun dan kini menuntut di SMK Methodist, Sibu dalam tingkatan tiga. Tiada perancangan di buat tetapi rezeki Allah.

Biasanya sambutan hari jadi kakak diadakan di rumah tetapi pada tahun ini, sengaja diadakan di Taman Selera Harmoni. Lebih santai dan dilihat lebih selesa, lebih-lebih lagi dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti kerusi meja. Manakala sambutan hari jadi adik pada tahun ini diadakan di rumah dalam suasana sambutan hari raya Idulfitri 2010. Jemputan hanya saudara mara terdekat.
Sudah siap pakai baju melayu dan kek siap sedia untuk di tiup lilinnya tiba2 tertidur pula si Amel nie. Keletihan bermain pada siangnya. Akhirnya sesi meniup lilin kek pada malam sambutan hari jadi Amel terpaksa ditangguhkan pada keesokkan harinya di rumah mak tua (neneknya) di Kampung Hilir. Hadiah Amel kali ini ialah sebuah komputer terpakai berharga RM250/= Walaupun komputer terpakai, tapi masih ok. Cukuplah bagi Amel melayari internet dan untuk bemain "game" selain tidak berebut komputer dengan kakaknya.






Mohamad Muzzammil dengan komputernya....



Gambar bawah : Gaya Tidak Sabar yang ditunjukkan oleh Mohamad Muzzammil untuk meniup lilin kek hari jadinya.





Kek yang sedia dipasang lilin untuk ditiup.











Selamat Hari Lahir,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sunday 3 October 2010

Selamat Menduduki PMR - Nurul Nadhirah

Setelah melalui perjalanan yang panjang dari Sibu/Sarikei, Sarikei/Tg Manis, Tg Manis/Daro, Daro/Mukah, dari jam 12.45pm tadi, sekarang saya di dalam bilik 302 Highway Inn, Mukah (Hotel budget) tanpa tingkap, setelah daftar masuk jam 9.15pm. Esok ada 2 mesyuarat yang menunggu, bersama persatuan pengetua bahagian Mukah dan mesyuarat dengan PPD Mukah. Yang pasti, ada agenda tertentu yang terpaksa dipikul untuk disebarkan kepada guru-guru bila pulang ke sekolah nanti.
Hari ini pertama kali saya memandu waktu malam dari Daro ke Mukah. Agak mencabar walaupun perjalanan memakan masa hampir 1 jam kerana keadaan sekeliling yang sunyi sepi dan berselisih dengan satu dua kenderaan sahaja. Tak seperti memandu di Semenanjung yang rata2 nya sibuk dengan kenderaan. Ada lah sekali sekala isteri telefon kerana bimbang saya tertidur semasa memandu berseorangan.
Sebenarnya perjalanan dari Tanjung Manis ke Daro tidaklah jauh sangat tetapi disebabkan terpaksa melintasi sungai yang luas dan terpaksa menunggu 2 buah feri untuk sampai ke Daro, perjalanan menjadi lambat, lebih-lebih lagi jika tidak bernasib baik jika sampai sahaja di jeti feri masih berada di seberang sebelah sana. Setelah sampai di Daro, berehat dan makan sekejap dan bertolak semula dari Daro ke Mukah jam 7.12pm. Masih ada satu feri lagi iaitu feri Igan untuk sampai ke Mukah. Bila sampai di jeti jam menunjukkan pukul 8.02pm. Nasib baik feri sudah sedia menunggu dan Alhamdulillah selamat sampai di Hotel jam 9.10pm. Agak meletihkan, tetapi apa boleh buat "Saya yang menurut perintah"
Satu hari lagi, peperiksaan PMR akan bermula pada 5 Oktober 2010. Niat dihati nak mengambil cuti untuk menghantar anak ke sekolah sebagai motivasi kepadanya, Nurul Nadhirah akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Apa boleh buat surat panggilan mesyuarat terlebih dahulu menyusul sebelum surat memohon cuti dihantar. Nampaknya emaknya sahajalah yang akan bersama beliau di sekolah. Nasib baik emaknya mengajar di sekolah yang sama. SMK Methodist, Sibu. Bagaimanapun ayah doakan kitak berjaya seperti mana para pelajar SMK Belawai yang ayah dan guru-guru di sini berusaha supaya mereka berjaya. Tumpukan usaha dan jawab dengan hati yang tenang dan penuh cekal. Semoga Lulus dengan Cemerlang....
Semoga Nurul Nadhirah faham tugas ayah - BUAT YANG TERBAIK

Wednesday 29 September 2010

Raya 2010

Rasanya, Raya tahun ini agak meriah dari tahun sebelumnya bagi keluarga saya kerana bertambahnya ahli keluarga baru, iaitu keluarga suami kepada adik (Asma Laili) yang melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lepas. Pada sambutan hari raya kali ini Asma Laili yang lebih mesra dipanggil "kakak" dalam keluarga sarat mengandung anak sulung mereka.
Alhamdulillah semalam jam kurang lebih jam 3.45pm, 28.9.2010 beliau telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tahniah kepada Asma Laili dan Hafiz, semoga anak tersebut menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa mentaati ibubapanya. Syukur kepada Allah semuanya selamat dan terima kasih banyak2 kepada doktor dan kakitangan hospital tersebut.
Hari Raya kali ini bermakna 2 tahun berturut-turut saya menyambut Hari Raya Idulfitri di rumah saya sendiri di Kedah 2009 dan 2010 dan bermakna baru 2 kali bagi anak bungsu saya Mohamad Muzzammil yang berusia 6 tahun beraya di Kedah. Kesempatan ini digunakan oleh kami sekeluarga untuk mengunjungi sanak saudara. Begitu juga dengan saudara mara yang sentiasa mengunjungi kami di Taman Selayang lebih-lebih lagi keadaan nenek (Tok) yang semakin uzur dan terlantar di katil dalam 2 -3 bulan ini.
Tahun ini juga, saya rasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan rakan lama yang sama-sama belajar di SMTAM - Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik 1983-1984 (Tingkatan 6) Jamaluddin dan Isteri , yang sudi berkunjung ke rumah saya. Banyak yang nak diceritakan. Rasanya tidak cukup dalam masa beberapa jam bertemu untuk menceritakan pengalaman dan arus kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun pertemuan ini dapat juga mengubat rasa rindu kepada rakan taulan. InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin saya mengunjugi rakan-rakan yang lain jika tahu lokasi mereka nanti.
Dalam pada itu saya dan Jamaluddin (Din) sempat juga mengunjungi Mohd Helmi (Mie) di Kuala Kedah. Tidak banyak berubah dari sikap rakan-rakan cuma yang berubah ialah diri masing-masing. Biasalah hukum alam, semuanya dah beranak pinak dan makin "tua". Rambut dan bercampur, kulit dah mula kendur, gigi dah mula bertabur, mata dah kabur, tulang belakang dahbongkok.... seterusnya... harap-harap Allah panjangkan umur untuk melakukan amal ibadat.
Lama juga kami berada di rumah Mie di Kuala Kedah. Saya dan Isteri menumpang kereka Din. Sampai di rumah Mie kami terus dihidangkan dengan mee goreng. Sedap. Mie pun pada mulanya merancang untuk keluar terpaksa membatalkan hasratnya melayani kami. Seterusnya kami berpakat pergi ke rumah Termizi (Mizi) yang tinggal tidak jauh dari rumah Mie.
Puas kami mencari rumah Mizi, Oleh kerana telefonnya tidak dapat dihubungi kami terpaksa bertanya dengan beberapa penduduk Taman Harapan, akhirnya jumpa.. tapi sayang saya lupa nak "Snap" gambar semasa berada di rumahnya sebab asyik bercerita tetang pengalaman masing-masing. Alhamdulillah, walaupun lama tidak berjumpa, kemesraan antara kawan-kawan tetap terjalin. Tidak ada perasaan "segok" dan kami pulang dah hampir maghrib. Nampaknya Din terpaksalah hantar saya dan Isteri ke Taman Selayang, Mergong sebelum pulang ke Balai Pos.
Niat dihati ingin juga nak ke rumah Non untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain dalam majlis Alumni yang dianjurkan. Malangnya tidak kesempatan kerana tidak sampai hati melayani ibu-ibu saudara yang datang ke rumah lebih-lebih lagi kami yang jarang-jarang pulang beraya di Kedah. Walau bagaimana pun InsyaAllah, jika ada kesempatan pada tahun yang akan datang saya tetap akan mengunjungi majlis tersebut. Din juga tidak dapat menghadiri majlis di rumah Non kerana terpaksa bergegas pulang ke Melaka kerana anaknya mula bersekolah dan akan menduduki peperiksaan UPSR..
Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan semua semoga raya kali ini juga adalah yang paling gembira bagi rakan-rakan semua walaupun dalam kesibukan tugas harian masing-masing.
Saya di SMK Belawai masih lagi dalam suasana raya. Tak henti-henti di jemput untuk rumah terbuka. Esok 30.9.2010 ada dua lagi jemputan iaitu di SK Abang Gesa dan di rumah PK1 SMKB. Malamnya pula ada majlis sembahyang hajat untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM di masjid Rajang. Sambutan hari raya peringkat SMK Belawai telah di laksanakan pada 25.9.2010 yang lalu.
Gambar atas : Jamaluddin dan Isteri di rumah saya, Taman Selayang, Mergong. Alor Setar..

Tuesday 31 August 2010

Salam Kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum dan apa khabar... Salam kemerdekaan dan salam satu Malaysia,
Alhamdulillah, hari ini dapat kita sama-sama menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 dengan penuh keharmonian dan kemakmuran. Pagi tadi di Stadium Putera, Bukit Jalil, saya menonton dari kaca tv semua warga Malaysia sama ada yang sama-sama mengambil bahagian atau hanya menjadi penonton semuanya bergembira. Begitu juga dengan hubungan kaum, semua dilihat bersatu padu dalam menjayakan program tersebut. Semoga perpaduan tersebut bukan lakonan semata-mata tetapi hubungan kaum yang ada benar-benar mencerminkan 1Malaysia.
Rakan-rakan yang dihormati, marilah kita sama-sama membentuk anak-anak kita sebagai generasi pewaris, mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang ada dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Dengan adanya rasa hormat menghormati inilah kini kita sama-sama mencari kembali ikatan silatulrahim antara kita yang lama terpisah tidak kira walau apapun bangsa kita. Sesungguhnya dengan ikatan yang kuat ini akan menjamin perpaduan seterusnya anak cucu kita akan hidup makmur dan harmoni sepeti yang kita kecapi sekarang.
Saya masih ingat seorang sahabat berkata,"Agaknya masih ada kah keturunan aku sampai kiamat nanti atau terputus dimana-mana. kalau kita tak dapat melihat cucu cicit kita sekurang-kurangnya ada lah benih (keturunan) kita sampai bila-bila." Begitu sekali pemikirannya, yang saya pun tak pernah terpikir. Pada saya jika diizinkan Allah, tiada yang mustahil, jika Allah memberi kesihatan yang baik (Tidak mati P****, tidak mandul), tidak mahu kahwin atau segala macam kerenah manusia. Dalam pada itu kita juga perlukan perpaduan, keharmonian dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya tidak terjadi seperti di Bosnia atau di Negara Palestine di mana suatu kaum yang rakus mengenepikan hak orang lain tanpa belas kasihan...
Salam kemerdekaan Para Sahabat...
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Wednesday 25 August 2010

Gambar-gambar kenangan Tingkatan 5 SMTAM 1983

Bergambar bersama rakan-rakan semasa di tingkatan 5, Suahaimi Harun - ketua tingkatan. Beberapa nama masih diingatan - Rosli (Che Ros), Hanis (terakhir bekerja di Istana Anak Bukit - Tukang masak) Arwah Sazali (Ted), Norliza Hamid, Zaiton, Azhar Ahmad, Zawawi dan rakan-rakan lain mohon maaf, tidak ingat nama - mohon mana2 rakan yang menemui blog ini harap hubungi saya semula..

Bersama rakan-rakan ke Pulau Pinang. Rombongan membawa hasil tembikar untuk dibakar bagi mata pelajaran seni. Ada antara rakan-rakan ini berkawan sejak darjah 1 hingga ke tingkatan 5 dan terpisah...

Bergambar kenangan bersama dengan bakal guru. Beliau ke sekolah untuk program "ROS" Rancangan Orientasi Sekolah.

Monday 23 August 2010

Tingkatan 5 SMTAM 1983

Dalam gambar yang saya masih ingat, dari kiri Suhaimi Hamid, ? , Fairuz (Ingin saya temui) - Beliau sangat berminat untuk bekerja dengan syarikat perkapalan. Cita-citanya ingin mengelilingi dunia, semoga cita-citanya tercapai. Seterusnya senior (Tingkatan 6) dan Saiful??? Rakan-rakan dulunya rapat - tetapi setelah berpisah dan membawa haluan masing2, nama pun lupa? Manuasiakan? Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa....
Bergambar : Semasa jamuan perpisahan T. 5 atau Perpisahan Pengawas? - pun tak ingat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...