Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Wednesday 29 September 2010

Raya 2010

Rasanya, Raya tahun ini agak meriah dari tahun sebelumnya bagi keluarga saya kerana bertambahnya ahli keluarga baru, iaitu keluarga suami kepada adik (Asma Laili) yang melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lepas. Pada sambutan hari raya kali ini Asma Laili yang lebih mesra dipanggil "kakak" dalam keluarga sarat mengandung anak sulung mereka.
Alhamdulillah semalam jam kurang lebih jam 3.45pm, 28.9.2010 beliau telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tahniah kepada Asma Laili dan Hafiz, semoga anak tersebut menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa mentaati ibubapanya. Syukur kepada Allah semuanya selamat dan terima kasih banyak2 kepada doktor dan kakitangan hospital tersebut.
Hari Raya kali ini bermakna 2 tahun berturut-turut saya menyambut Hari Raya Idulfitri di rumah saya sendiri di Kedah 2009 dan 2010 dan bermakna baru 2 kali bagi anak bungsu saya Mohamad Muzzammil yang berusia 6 tahun beraya di Kedah. Kesempatan ini digunakan oleh kami sekeluarga untuk mengunjungi sanak saudara. Begitu juga dengan saudara mara yang sentiasa mengunjungi kami di Taman Selayang lebih-lebih lagi keadaan nenek (Tok) yang semakin uzur dan terlantar di katil dalam 2 -3 bulan ini.
Tahun ini juga, saya rasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan rakan lama yang sama-sama belajar di SMTAM - Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik 1983-1984 (Tingkatan 6) Jamaluddin dan Isteri , yang sudi berkunjung ke rumah saya. Banyak yang nak diceritakan. Rasanya tidak cukup dalam masa beberapa jam bertemu untuk menceritakan pengalaman dan arus kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun pertemuan ini dapat juga mengubat rasa rindu kepada rakan taulan. InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin saya mengunjugi rakan-rakan yang lain jika tahu lokasi mereka nanti.
Dalam pada itu saya dan Jamaluddin (Din) sempat juga mengunjungi Mohd Helmi (Mie) di Kuala Kedah. Tidak banyak berubah dari sikap rakan-rakan cuma yang berubah ialah diri masing-masing. Biasalah hukum alam, semuanya dah beranak pinak dan makin "tua". Rambut dan bercampur, kulit dah mula kendur, gigi dah mula bertabur, mata dah kabur, tulang belakang dahbongkok.... seterusnya... harap-harap Allah panjangkan umur untuk melakukan amal ibadat.
Lama juga kami berada di rumah Mie di Kuala Kedah. Saya dan Isteri menumpang kereka Din. Sampai di rumah Mie kami terus dihidangkan dengan mee goreng. Sedap. Mie pun pada mulanya merancang untuk keluar terpaksa membatalkan hasratnya melayani kami. Seterusnya kami berpakat pergi ke rumah Termizi (Mizi) yang tinggal tidak jauh dari rumah Mie.
Puas kami mencari rumah Mizi, Oleh kerana telefonnya tidak dapat dihubungi kami terpaksa bertanya dengan beberapa penduduk Taman Harapan, akhirnya jumpa.. tapi sayang saya lupa nak "Snap" gambar semasa berada di rumahnya sebab asyik bercerita tetang pengalaman masing-masing. Alhamdulillah, walaupun lama tidak berjumpa, kemesraan antara kawan-kawan tetap terjalin. Tidak ada perasaan "segok" dan kami pulang dah hampir maghrib. Nampaknya Din terpaksalah hantar saya dan Isteri ke Taman Selayang, Mergong sebelum pulang ke Balai Pos.
Niat dihati ingin juga nak ke rumah Non untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain dalam majlis Alumni yang dianjurkan. Malangnya tidak kesempatan kerana tidak sampai hati melayani ibu-ibu saudara yang datang ke rumah lebih-lebih lagi kami yang jarang-jarang pulang beraya di Kedah. Walau bagaimana pun InsyaAllah, jika ada kesempatan pada tahun yang akan datang saya tetap akan mengunjungi majlis tersebut. Din juga tidak dapat menghadiri majlis di rumah Non kerana terpaksa bergegas pulang ke Melaka kerana anaknya mula bersekolah dan akan menduduki peperiksaan UPSR..
Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan semua semoga raya kali ini juga adalah yang paling gembira bagi rakan-rakan semua walaupun dalam kesibukan tugas harian masing-masing.
Saya di SMK Belawai masih lagi dalam suasana raya. Tak henti-henti di jemput untuk rumah terbuka. Esok 30.9.2010 ada dua lagi jemputan iaitu di SK Abang Gesa dan di rumah PK1 SMKB. Malamnya pula ada majlis sembahyang hajat untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM di masjid Rajang. Sambutan hari raya peringkat SMK Belawai telah di laksanakan pada 25.9.2010 yang lalu.
Gambar atas : Jamaluddin dan Isteri di rumah saya, Taman Selayang, Mergong. Alor Setar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...