Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Tuesday 5 October 2010

Selamat Hari Jadi Muzzammil





Nurul Nadhirah bersama adik Mohamad Muzzammil.













Sambutan Hari Jadi Mohamad Muzzammil (Amel) telah diadakan pada 19/9/2010 (lahir tahun 2004) manakala Hari Jadi Kakak, Nurul Nadhirah disambut pada 16/7/2010 (lahir 1995), beza umur antara keduanya kurang lebih 9 tahun. Kini umur Mohamad Muzzammil dah 6 tahun manakala umur kakaknya 15 tahun dan kini menuntut di SMK Methodist, Sibu dalam tingkatan tiga. Tiada perancangan di buat tetapi rezeki Allah.

Biasanya sambutan hari jadi kakak diadakan di rumah tetapi pada tahun ini, sengaja diadakan di Taman Selera Harmoni. Lebih santai dan dilihat lebih selesa, lebih-lebih lagi dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti kerusi meja. Manakala sambutan hari jadi adik pada tahun ini diadakan di rumah dalam suasana sambutan hari raya Idulfitri 2010. Jemputan hanya saudara mara terdekat.
Sudah siap pakai baju melayu dan kek siap sedia untuk di tiup lilinnya tiba2 tertidur pula si Amel nie. Keletihan bermain pada siangnya. Akhirnya sesi meniup lilin kek pada malam sambutan hari jadi Amel terpaksa ditangguhkan pada keesokkan harinya di rumah mak tua (neneknya) di Kampung Hilir. Hadiah Amel kali ini ialah sebuah komputer terpakai berharga RM250/= Walaupun komputer terpakai, tapi masih ok. Cukuplah bagi Amel melayari internet dan untuk bemain "game" selain tidak berebut komputer dengan kakaknya.






Mohamad Muzzammil dengan komputernya....



Gambar bawah : Gaya Tidak Sabar yang ditunjukkan oleh Mohamad Muzzammil untuk meniup lilin kek hari jadinya.





Kek yang sedia dipasang lilin untuk ditiup.











Selamat Hari Lahir,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sunday 3 October 2010

Selamat Menduduki PMR - Nurul Nadhirah

Setelah melalui perjalanan yang panjang dari Sibu/Sarikei, Sarikei/Tg Manis, Tg Manis/Daro, Daro/Mukah, dari jam 12.45pm tadi, sekarang saya di dalam bilik 302 Highway Inn, Mukah (Hotel budget) tanpa tingkap, setelah daftar masuk jam 9.15pm. Esok ada 2 mesyuarat yang menunggu, bersama persatuan pengetua bahagian Mukah dan mesyuarat dengan PPD Mukah. Yang pasti, ada agenda tertentu yang terpaksa dipikul untuk disebarkan kepada guru-guru bila pulang ke sekolah nanti.
Hari ini pertama kali saya memandu waktu malam dari Daro ke Mukah. Agak mencabar walaupun perjalanan memakan masa hampir 1 jam kerana keadaan sekeliling yang sunyi sepi dan berselisih dengan satu dua kenderaan sahaja. Tak seperti memandu di Semenanjung yang rata2 nya sibuk dengan kenderaan. Ada lah sekali sekala isteri telefon kerana bimbang saya tertidur semasa memandu berseorangan.
Sebenarnya perjalanan dari Tanjung Manis ke Daro tidaklah jauh sangat tetapi disebabkan terpaksa melintasi sungai yang luas dan terpaksa menunggu 2 buah feri untuk sampai ke Daro, perjalanan menjadi lambat, lebih-lebih lagi jika tidak bernasib baik jika sampai sahaja di jeti feri masih berada di seberang sebelah sana. Setelah sampai di Daro, berehat dan makan sekejap dan bertolak semula dari Daro ke Mukah jam 7.12pm. Masih ada satu feri lagi iaitu feri Igan untuk sampai ke Mukah. Bila sampai di jeti jam menunjukkan pukul 8.02pm. Nasib baik feri sudah sedia menunggu dan Alhamdulillah selamat sampai di Hotel jam 9.10pm. Agak meletihkan, tetapi apa boleh buat "Saya yang menurut perintah"
Satu hari lagi, peperiksaan PMR akan bermula pada 5 Oktober 2010. Niat dihati nak mengambil cuti untuk menghantar anak ke sekolah sebagai motivasi kepadanya, Nurul Nadhirah akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Apa boleh buat surat panggilan mesyuarat terlebih dahulu menyusul sebelum surat memohon cuti dihantar. Nampaknya emaknya sahajalah yang akan bersama beliau di sekolah. Nasib baik emaknya mengajar di sekolah yang sama. SMK Methodist, Sibu. Bagaimanapun ayah doakan kitak berjaya seperti mana para pelajar SMK Belawai yang ayah dan guru-guru di sini berusaha supaya mereka berjaya. Tumpukan usaha dan jawab dengan hati yang tenang dan penuh cekal. Semoga Lulus dengan Cemerlang....
Semoga Nurul Nadhirah faham tugas ayah - BUAT YANG TERBAIK

Wednesday 29 September 2010

Raya 2010

Rasanya, Raya tahun ini agak meriah dari tahun sebelumnya bagi keluarga saya kerana bertambahnya ahli keluarga baru, iaitu keluarga suami kepada adik (Asma Laili) yang melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lepas. Pada sambutan hari raya kali ini Asma Laili yang lebih mesra dipanggil "kakak" dalam keluarga sarat mengandung anak sulung mereka.
Alhamdulillah semalam jam kurang lebih jam 3.45pm, 28.9.2010 beliau telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tahniah kepada Asma Laili dan Hafiz, semoga anak tersebut menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa mentaati ibubapanya. Syukur kepada Allah semuanya selamat dan terima kasih banyak2 kepada doktor dan kakitangan hospital tersebut.
Hari Raya kali ini bermakna 2 tahun berturut-turut saya menyambut Hari Raya Idulfitri di rumah saya sendiri di Kedah 2009 dan 2010 dan bermakna baru 2 kali bagi anak bungsu saya Mohamad Muzzammil yang berusia 6 tahun beraya di Kedah. Kesempatan ini digunakan oleh kami sekeluarga untuk mengunjungi sanak saudara. Begitu juga dengan saudara mara yang sentiasa mengunjungi kami di Taman Selayang lebih-lebih lagi keadaan nenek (Tok) yang semakin uzur dan terlantar di katil dalam 2 -3 bulan ini.
Tahun ini juga, saya rasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan rakan lama yang sama-sama belajar di SMTAM - Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik 1983-1984 (Tingkatan 6) Jamaluddin dan Isteri , yang sudi berkunjung ke rumah saya. Banyak yang nak diceritakan. Rasanya tidak cukup dalam masa beberapa jam bertemu untuk menceritakan pengalaman dan arus kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun pertemuan ini dapat juga mengubat rasa rindu kepada rakan taulan. InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin saya mengunjugi rakan-rakan yang lain jika tahu lokasi mereka nanti.
Dalam pada itu saya dan Jamaluddin (Din) sempat juga mengunjungi Mohd Helmi (Mie) di Kuala Kedah. Tidak banyak berubah dari sikap rakan-rakan cuma yang berubah ialah diri masing-masing. Biasalah hukum alam, semuanya dah beranak pinak dan makin "tua". Rambut dan bercampur, kulit dah mula kendur, gigi dah mula bertabur, mata dah kabur, tulang belakang dahbongkok.... seterusnya... harap-harap Allah panjangkan umur untuk melakukan amal ibadat.
Lama juga kami berada di rumah Mie di Kuala Kedah. Saya dan Isteri menumpang kereka Din. Sampai di rumah Mie kami terus dihidangkan dengan mee goreng. Sedap. Mie pun pada mulanya merancang untuk keluar terpaksa membatalkan hasratnya melayani kami. Seterusnya kami berpakat pergi ke rumah Termizi (Mizi) yang tinggal tidak jauh dari rumah Mie.
Puas kami mencari rumah Mizi, Oleh kerana telefonnya tidak dapat dihubungi kami terpaksa bertanya dengan beberapa penduduk Taman Harapan, akhirnya jumpa.. tapi sayang saya lupa nak "Snap" gambar semasa berada di rumahnya sebab asyik bercerita tetang pengalaman masing-masing. Alhamdulillah, walaupun lama tidak berjumpa, kemesraan antara kawan-kawan tetap terjalin. Tidak ada perasaan "segok" dan kami pulang dah hampir maghrib. Nampaknya Din terpaksalah hantar saya dan Isteri ke Taman Selayang, Mergong sebelum pulang ke Balai Pos.
Niat dihati ingin juga nak ke rumah Non untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain dalam majlis Alumni yang dianjurkan. Malangnya tidak kesempatan kerana tidak sampai hati melayani ibu-ibu saudara yang datang ke rumah lebih-lebih lagi kami yang jarang-jarang pulang beraya di Kedah. Walau bagaimana pun InsyaAllah, jika ada kesempatan pada tahun yang akan datang saya tetap akan mengunjungi majlis tersebut. Din juga tidak dapat menghadiri majlis di rumah Non kerana terpaksa bergegas pulang ke Melaka kerana anaknya mula bersekolah dan akan menduduki peperiksaan UPSR..
Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan semua semoga raya kali ini juga adalah yang paling gembira bagi rakan-rakan semua walaupun dalam kesibukan tugas harian masing-masing.
Saya di SMK Belawai masih lagi dalam suasana raya. Tak henti-henti di jemput untuk rumah terbuka. Esok 30.9.2010 ada dua lagi jemputan iaitu di SK Abang Gesa dan di rumah PK1 SMKB. Malamnya pula ada majlis sembahyang hajat untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM di masjid Rajang. Sambutan hari raya peringkat SMK Belawai telah di laksanakan pada 25.9.2010 yang lalu.
Gambar atas : Jamaluddin dan Isteri di rumah saya, Taman Selayang, Mergong. Alor Setar..

Tuesday 31 August 2010

Salam Kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum dan apa khabar... Salam kemerdekaan dan salam satu Malaysia,
Alhamdulillah, hari ini dapat kita sama-sama menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 dengan penuh keharmonian dan kemakmuran. Pagi tadi di Stadium Putera, Bukit Jalil, saya menonton dari kaca tv semua warga Malaysia sama ada yang sama-sama mengambil bahagian atau hanya menjadi penonton semuanya bergembira. Begitu juga dengan hubungan kaum, semua dilihat bersatu padu dalam menjayakan program tersebut. Semoga perpaduan tersebut bukan lakonan semata-mata tetapi hubungan kaum yang ada benar-benar mencerminkan 1Malaysia.
Rakan-rakan yang dihormati, marilah kita sama-sama membentuk anak-anak kita sebagai generasi pewaris, mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang ada dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Dengan adanya rasa hormat menghormati inilah kini kita sama-sama mencari kembali ikatan silatulrahim antara kita yang lama terpisah tidak kira walau apapun bangsa kita. Sesungguhnya dengan ikatan yang kuat ini akan menjamin perpaduan seterusnya anak cucu kita akan hidup makmur dan harmoni sepeti yang kita kecapi sekarang.
Saya masih ingat seorang sahabat berkata,"Agaknya masih ada kah keturunan aku sampai kiamat nanti atau terputus dimana-mana. kalau kita tak dapat melihat cucu cicit kita sekurang-kurangnya ada lah benih (keturunan) kita sampai bila-bila." Begitu sekali pemikirannya, yang saya pun tak pernah terpikir. Pada saya jika diizinkan Allah, tiada yang mustahil, jika Allah memberi kesihatan yang baik (Tidak mati P****, tidak mandul), tidak mahu kahwin atau segala macam kerenah manusia. Dalam pada itu kita juga perlukan perpaduan, keharmonian dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya tidak terjadi seperti di Bosnia atau di Negara Palestine di mana suatu kaum yang rakus mengenepikan hak orang lain tanpa belas kasihan...
Salam kemerdekaan Para Sahabat...
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Wednesday 25 August 2010

Gambar-gambar kenangan Tingkatan 5 SMTAM 1983

Bergambar bersama rakan-rakan semasa di tingkatan 5, Suahaimi Harun - ketua tingkatan. Beberapa nama masih diingatan - Rosli (Che Ros), Hanis (terakhir bekerja di Istana Anak Bukit - Tukang masak) Arwah Sazali (Ted), Norliza Hamid, Zaiton, Azhar Ahmad, Zawawi dan rakan-rakan lain mohon maaf, tidak ingat nama - mohon mana2 rakan yang menemui blog ini harap hubungi saya semula..

Bersama rakan-rakan ke Pulau Pinang. Rombongan membawa hasil tembikar untuk dibakar bagi mata pelajaran seni. Ada antara rakan-rakan ini berkawan sejak darjah 1 hingga ke tingkatan 5 dan terpisah...

Bergambar kenangan bersama dengan bakal guru. Beliau ke sekolah untuk program "ROS" Rancangan Orientasi Sekolah.

Monday 23 August 2010

Tingkatan 5 SMTAM 1983

Dalam gambar yang saya masih ingat, dari kiri Suhaimi Hamid, ? , Fairuz (Ingin saya temui) - Beliau sangat berminat untuk bekerja dengan syarikat perkapalan. Cita-citanya ingin mengelilingi dunia, semoga cita-citanya tercapai. Seterusnya senior (Tingkatan 6) dan Saiful??? Rakan-rakan dulunya rapat - tetapi setelah berpisah dan membawa haluan masing2, nama pun lupa? Manuasiakan? Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa....
Bergambar : Semasa jamuan perpisahan T. 5 atau Perpisahan Pengawas? - pun tak ingat..

Saturday 21 August 2010

Pelajar Baru UUM 1986 - Ambilan ke 3

Kelihatan Dalam Gambar ialah Rakan-rakan Dari Program Business Admin. (BBA) sedang mengangkat tangan untuk berikrar di dalam Dewan Kuliah - Tahun1986
Selepas mendapat keputusan STPM - mulalah kami isi borang UPU untuk ke Universiti, dengan pertolongan seorang cikgu. Saya tidak ingat namanya tetapi bila dibelek-beleknya keputusan peperiksaan dan borang yang saya isi, beliau berkata,"Selepas hantar borang ini, jangan tunggu lagi.. bersedialah untuk ke Universiti, pi beli beg besaq, pi beli baju.. redy la," Apa tidaknya, pilihan 1 hingga 4 ialah UKM dan UM. Nak belajar jauh sikit. Dah lama di tempat sendiri kalau di K.L tu kira ok lah, dapat juga naik bas ekspress.. Lagi pun beberapa orang sepupu pada masa tersebut belajar di UKM, UM dan ITM (UITM - sekarang).
Tup-tup pilihan kedua terakhir yang dapat iaitu di Universiti Utara Malaysia. Panggilan ke Universiti di buat melalui telegram dan diminta menghadiri temuduga di Kampus UUM Bandar Darul Aman, Jitra, pada keesokkannya. Hati mana tak terkejut.. Pilihan 1 hingga 3 ialah Pengurusan Perniagaan (Business Admin.) manakala yang dapat ialah pilihan ke 4 di UUM iaitu Program Perakaunan (Accounting).
Pada mulanya berat juga nak terima sebab kata rakan2 program nie susah. tetapi mengenangkan mak dan ayah, seronok je dengan tawaran tersebut.. tak sampai hati nak cakap, petang tu juga pi beli baju baru dan net tai (Tali leher).. Esok dengan menggunakan motosikal Honda kapcai 70cc - KE5158 (masih ada hingga kini) ayah hantar untuk temuduga. Saya memohon agar saya ditukarkan ke BBA tetapi tidak di layan. Pada semester 1 saya cuba merayu untuk ke program BBA - dapat. Tetapi biasiswa JPA akan ditarik balik. Akhirnya dengan hati yang penuh cekal dan tabah saya meneruskan pengajian dengan Program Perakaunan walaupun demam-demam dengan no matrik 0930 Pelajar UUM ambilan ke 3 1986.
Berkat doa ayah bonda akhirnya dapat juga sekeping Ijazah Perakaunan Dengan Kepujian - BAcct (Hons) UUM pada tahun 1991. Majlis konvokasyen diadakan di Dewan Mua'zam Shah. Ait.. kenapa tak konvo dengan rakan2 lain pada 1990? Nak wat cam na.. pada 2 semeter terakhir saya kemalangan motosikal depan dengan Kem Tentera Tok Jalai, patah tulang selangka. Akibatnya tidak dapat menduduki peperiksaan kertas Perinsip-Perinsip Perakaunan ahirnya kertas tersebut saya "Drop". Malangnya semester terakhir tidak ditawarkan kertas tersebut. Maka untuk melengkapkan jam kredit mata pelajaran perakaunan terpaksalah tunggu 1 semester lagi. Jadi le 4 setengah tahun...
Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan, semuanya cabaran semasa mencari ilmu dapat diharungi dan tidak gugur syahid seperti sesetengah rakan perjuangan yang lain. Syukur sangat-sangat kerana lulus dengan memegang ijazah perakaunan yang dikatakan salah satu bidang profesional selain kedoktoran, guaman dan engineering. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu...

Thursday 19 August 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua kaum wanita yang bergelar ibu. Termasuklah ibu tunggal, ibu mertua, ibu angkat, kecuali ibu manok.. Semoga anda menjadi idola kepada anak-anak sepanjang hayat mereka. Kata-kata dipegang sebagai pedoman, sikap dicontohi sepanjang zaman. Kepada emak Hjh. Rahmah Hj Yaacob di Kedah - Selamat Hari ibu. No. Motorsikal Honda 70cc KE5158 yang menjadi kebanggaan mak yang dipakai sehingga sekarang dan sumber rezeki kita dahulu, kini saya abadikan di kereta saya QSN5158 sebagai kenangan. Semoga emak dilindungi Allah selalu. Selamat Hari Ibu juga kepada emak mertua di Kg. Hilir Sibu. Anda ibu mertua terbaik.
Copy dari blog www.moshar2000.blogspot.com N3 pada : 9.5.2010

Tahniah Kakak dan Hafiz

Alhamdulillah, cuti akhir tahun 2009 nampaknya satu percutian yang sangat berharga dan penuh dengan kegembiraan. Semua perkara berjalan lancar atas kehendakNya seperti yang dirancang. Ayah dan Mak selamat mendapat menantu pertama, Lelaki. Kakak (panggilan keluarga kepada Asma Laili - orang no 4 dari 5 orang adik beradik) telah bertemu jodohnya dengan Mohd Hafiz Mohd Nazim.

Kepada Mohd Hafiz, selamat menjadi ahli keluarga kami, semoga anda berdua dapat menjalani kehidupan suami isteri yang penuh kasih sayang dan penuh berkat bermula 12.12.2009 setelah diijab qabul di Masjid Al-Rahmah, Taman Wira. Kepada kakak dan suami, uruskanlah rumahtangga sendiri supaya menjadi yang terbaik kerana dalam liku-liku kehidupan ini berbagai cabaran akan kita tempuhi. Dalam melayani suami, jangan lupa akan tugas yang juga tidak kurang beratnya iaitu memartabatkan profesion kita sebagai pendidik. SMK Mergong, juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada kakak untuk menjadi sekolah cemerlang. Pandai-pandailah membahagikan masa.

Bergambar, selepas selesai majlis Akad Nikah bersama-sama dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Kesihan Hafiz, pucat. Dugaan. Lelaki tak apa Fiz, berakhirlah cabaran selepas cabaran bersunat. Walaupun beberapa kali keluar masuk tandas akhirnya sekali lafaz dah sah menjadi suami isteri.

Kepada semua ahli keluarga Mohd Hafiz, tahniah saya ucapkan. Sangat sporting. Sangat terasa keakraban dan kemeriahannya. Terutama abah dan emak, adik beradik, saudara mara, Tok Wan dan Tok serta keluarga dari Tanah Suci, walaupun bertutur bahasa melayu tersekat-sekat, bercampur-campur dengan bahasa arabnya tetap juga berbual itu dan ini. Kami sekeluarga amat berterima kasih atas jemputan makan abah dan mak Hafiz di Restaurant Mama dan jemputan makan oleh Tok Wan dan Tok di rumahnya sebelum kami balik ke Sibu. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mesranya pengantin lelaki melayani isteri. Mak mertua kamek madah kitak lelaki sejati, hebat.. best le Gentlemennn. Macam tu lah. Layan isteri baik-baik. Ada makna tu...

Sedang berbisik apa tu? Tok dengarlah, tersenyum pulak tu. Apa agaknya yang dikatakan oleh kakak. Sedang Plan masa depan kot? Atau Plan nak pergi bulan madu. Di mana ah ? Apa dekat Kelab Golf Cinta Sayang, S.P? Patutlah Tok senyum... Jangan marah No. Usik-usik...

Ini Raja mana la pulak? Garang betul nampaknya. Dah lapar kot, mana dayang-dayang tak layan maharaja dan permaisuri santap. Apa hal memanda bendahara tunduk je. Dah kena sekeh ke. Baginda sultan dah murka tu. Jangan main-main. Adinda yang sebelah tu bila lagi nak makan nasi minyak?


Pertama kali buat kenduri secara layan diri. Almaklumlah sekarang semua orang sibuk. 3 kali kenduri semuanya rewang dan di adakan di Kampung sungai Baru Tok Keramat. Makanannya sedap, bagi orang lain tak tau lah. Penyediaannya nampak teratur dan profesional. Kali ini majlis diadakan di Taman Selayang, Mergong.

Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan semua jiran dari dari taman dan penduduk Kampung Sungai Baru, Ya Allah, dalam majlis ini saya rasa semua jemputan emak dari kampung tidak ketinggalan datang. Walaupun ada yang sakit lutut, kencing manis, jantung dan macam-macam sakit tetap juga berkunjung. Walaupun saya dah meninggalkan kampung hampir 17 tahun di Sarawak, masih lagi mengenali antara satu sama lain - apa tidaknya antaranya rakan-rakan sepermainan dulu. Sama-sama mandi sungai.. kenangan yang tak dapat dilupakan, sama-sama kena kejar bapa masing-masing. hehe..

Makan dulu bang, nanti main lagu best-best. Makan kenyang-kenyang. Maaf bang masa kitak orang balik kami tak sempat nak bagi apa-apa. Semua orang tersibuk dan tak perasan semua berkemas dan terus pulang. InsyaAllah ada sorang lagi adik kami belum kahwin, Nanti kami jemput lagi. Jangan serik la no.

Tahniah. Semua lagu yang dimainkan sedap-sedap. Sangat menghiburkan. Saya memang minat dengar lagu-lagu nie. Kalau dulu ada pertunjukkan wayang kulit saya tak lepas peluang nak pi tengok. Sekarang pun saya masih simpan CD lagu-lagu gendang silat dan CD wayang kulit. Selalu juga saya mainkan. Di Sibu, Sarawak pun ada tapi depa panggil Bergendang. Orang pompuan pukul gendang orang laki bertandak sambil lawan pantun. Ok lah jugak.

Aik.. apa pasai termenong pulak nie ? Jangan susah hati kali ini periuk belanga, kawah semua tak perlu lagi kita cuci. Inilah Pak Ndak Tn. Haji Abdul Talib, satu-satunya adik mak. Depa 2 beradik saja yang masih hidup, seibu dan sebapa. Yang lain semua meninggal masa masih baby. Ada sorang lagi kakak tiri, pun sama tinggal sorang saja, yang lain meninggal semasa baby. Tok Wan Haji Yaacob juga dah meninggal, Tok masih ada. Allahyarham Tok Wan nie agak pelik sikit, diceritakan oleh mak dulu, sebelum anak-anaknya meninggal dia dah belikan kain kapan siap-siap. Dulu kan susah nak keluar. Jalan pun taklah macam sekarang. Tahun 1980, masa tu saya masih sekolah, dia datang ke rumah, dia beritahu mak, dia mungkin tak lama lagi nak... batu nisan dengan tarikh lahir tanpa tarikh kematian dah ditempah dan diletakkan di bawah rumah di K. Nerang dan berpesan kuburnya mesti dekat dengan jalan supaya anak cucu senang nak ziarah, di perkuburan islam K. Nerang. Mak memang percaya. Mak pun pergilah seperti yang diberitahu, dalam masa 2-3 hari betul-betul dia meninggal. Al-fatehah...
Terima kasih banyak-banyak Pak Ndak, kami mohon maaf kerana terpaksa meletakkan harapan yang tinggi dalam menguruskan perkahwinan Kakak (adik- panggilan kakak). Terpaksa hari-hari ulang alik dari Kuala Nerang ke A. Setar. Jauh juga tu. Apa nak buat kamek tak dapat cuti awal. Esok nak cuti, hari ini baru PPD lulus. Selagi SPM tak habis bermakna tak dapatlah nak cuti. Zainol dan Rosli pun macam tu jugak. Mohon maaf juga masa kami balik ke Sibu tak dapat jumpa. Mak Ndak kata Pak Ndak terpaksa ke Kelantan ada kursus. Walaupun dalam beberapa perkara, kita berbeza pendapat, tetapi kita dapat lagi duduk berbincang dan mencapai kata sepakat. Saya mengalahlah, Bagi laluan pada orang tua. Nanti tulah pulak..Orang kata air dicincang tak akan putus kan? Saya tabiklah. Orangnya nampak garang tapi hatinya baik sangat.
LANGKAWI PULAU BUANG DUIT DAN BUAT DUIT
Kebiasaannya jika mula bercuti saya akan berpesan kepada guru-guru dan pelajar supaya pergi mana-mana tempat, melancong. Selain menjaga kesihatan dan keselamatan. Bila kita melihat pemandangan yang cantik-cantik di samping keluarga, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan semasa kita bekerja. Selang 2 hari selepas perkahwinan kakak, saya dan keluarga mengambil keputusan untuk ke Pulau Langkawi. Lama dah tak menjenguk ke sana. Saudara mara memang tak ada le... tetapi saja-saja nak buang duit.
Musim cuti sudah tentu ramai wisata, dari luar dan dalam negeri. Dalam feri pun ramai mat salleh dan Mem. Yang duduk sebelah saya ari tu pelancong dari Iran. Katanya Malaysia Good, Aman dan dia merasa tidak takut walaupun berjalan sorang-sorang. Begitulah doa kita. Sekarang nie macam-macam hal timbul. Banyak isu-isu sensitif yang cuba diketengahkan. Nak porak peranda sekejap sahaja. Tetapi untuk membina semula negara bangsa akan mengambil masa yang lama, bertahun-tahun.
Pemandangan di Jeti Feri Kuah, Langkawi.
Orang ramai berpusu-pusu menaiki feri dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala kedah. Jam 5.30 petang. Tengok tu, macam-macam mereka beli kan? Murah lah katakan. Pulau bebas cukai. Bagi mereka yang merokok, boleh hisap sampai kentut keluar asap. Manakan tidak harga di tanah besar Rm9.30 tetapi di Pulau Langakawi baru Rm6.50 ( kalau tak silaplah).

    Banyak perubahan yang berlaku di Langkawi. Pulaunya lebih indah dan bersih berbanding dulu. Jalan-jalan yang menghubungi tempat-tempat menarik telah dinaik taraf dan lebar. Barangkali persediaan untuk LIMA (Langkawi International Maritime and Airshow) yang baru saja berakhir. Banyak tempat menarik di sana, tetapi kali ini kami sekeluarga hanya memilih ke Galeri Perdana, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Melihat kawasan burung helang dan Pulau Beras Basah. Selebihnya shopping di Pekan Kuah dan Jalan-Jalan Cari Makan. 2 hari berada di Langkawi memang tidak cukup, tetapi memadailah. Lagi lama di sana tak ada tangan nak bawa balik barang. Macam-macam nak beli. Murah..

    Semasa di Pulau Dayang Bunting, tiba-tiba saya terserempak dengan cikgu Jazman, Orang sibu, Kahwin dengan Orang Yan, Kedah. Wow..! terkejut saya dibuatnya. Betul ke cikgu Jazman nie? Speaking.. Bila dah lama berbual dengannya, baru dia beritahu. Semasa cuti begitulah masa nak buat duit. Bawa pelancong. Terutama pelancong luar negeri. Banyak kantau. Tak balik kampung pun tak apa, asalkan pendapatan sampingan lumayan. Penguasaan Bahasa Inggeris pun dapat di pertingkat. Kalau anda ke Pulau ini, jangan lupa melawat tandasnya yang bertaraf 5 Bintang dengan bayaran 50 sen dan hati-hati kera yang ada di sini ganas-ganas, tak ada minta-minta punya, nak minum dan makan. Main rampas saja apa yang di bawa oleh pelancong. Minuman tin Coca-cola paling diminati.

    Tak sah ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi jika tidak bergambar di Dataran Lang, Tak jauh dari Jeti Kuah.

Bergambar kenangan bersama kerbau.. di Muzium Padi dekat dengan Gunung Keriang, Alor Setar. Bawalah anak-anak melawat muzium ini. Sangat menarik.

Razak, selamat bertugas di Kuching, Sarawak. Sampai pencen ka? Tahniah.. sesiapa yang naik pangkat mesti bergerak. Mana-mana pun boleh. Biasalah Penjawat Awam. Saya yang menurut perintah...

Copy dari blog www.moshar2000.blogspot.com - N3 13.1.2010

Selamat Hari Bapa

Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di Malaysia dan khusnya kepada Ayah tercinta. Biasanya hanya ibu yang kita ingati tetapi untuk bapa sering dilupakan. Kemungkinan si bapa mungkin garang dan tidak begitu rapat dengan anak-anak.
Bagi keluarga kami, mungkin masa kecil kami agak takut dengan ayah, garang juga tetapi bila kami adik beradik meningkat dewasa, ayah adalah teman dan rakan karib. Kami adik beradik memang rapat dengan ayah, kami boleh keluar makan bersama-sama bila-bila masa, berbincang berbagai hal. Beliau "Open Minded". Yang paling kami adik beradik hormati, pendapat kami tidak dipinggirkan. Walaupun sekarang kami adik beradik berjauhan, jika ada sesuatu perkara, ayah masih perlukan pendapat kami terutama anak sulung ayah ini. Secara tidak langsung hubungan kami adik beradik amat rapat.
Ayah adalah guru pertama kami, kami mengenal ABC dan ayat-ayat Al-Quran kerana ayah. Ayah sangat disiplin, mungkin sebab bekas Askar Waltaniah. Semasa mengajar kami, suara ayah memang kuat, biar apa orang kampung nak kata, yang penting ia mahu kami berjaya. Hidup kami berjadual, terutama bagi 3 orang anak lelaki tidak bagi 2 orang anak perempuan. Kami ada jadual bermain dan belajar. Pelita minyak tanah adalah teman kami. Bila kami tidur ayah akan lapkan asap hitam dihidung.
Jadual menonton, hanya malam sabtu dibenarkan di rumah jiran. Menonton cerita Melayu. Ayah akan bekalkan wang masuk 10 sen, kena bayar sebab TV pakai generator. Elektrik belum ada. Alhamdulillah semua anaknya kini dapat berdiri sendiri. Kata ayah "Tiada harta yang dapat aku berikan, aku bagi ilmu, harta kamu cari sendiri", Banyak perkara, Ayah dan Mak sependapat, tiada halangan bagi kami, pergilah kemana pun mencari rezeki, tetapi jangan lupa keluarga...

Terima kasih ayah.. kasih ayah kepada kami setanding kasih emak. Tiada bezanya. Kami adik beradik doakan semoga ayah dan emak sihat walafiat dan dapat beribadat dengan sempurna.
Dalam gambar - Ayah (Mat Saad), Emak (Rahmah), Yang berdiri pakai seluar pendek badman tu tentulah saya, yang ditangan emak, adik (Zainol), mata terpandang ke atas sebab terkejut. Kata emak dulu masa nak ambil gambar untuk beri perhatian kepada kanak-kanak tukang gambar akan bunyikan loceng.
Dipindahkan dari N3 pada 21.6.2010 dari blog http:// www.moshar2000.blogspot.com

Tingkatan 6 Atas B 1985

Hah.. inilah gaya yang ditunjukkan oleh Putera dan Puteri Tingkatan 6 Atas B 1985, besila panggung bergambar bersama-sama dengan guru tingkatan Cg Tan dengan daya usaha sendiri. Kalau tidak salah gambar diambil pada jamuan hujung tahun atau pada "sambutan hari guru". Banyak kenangan saya dalam kelas ini. Pertama "Krisis" dengan dengan Cikgu Siti Salimah, Setiap kali dia masuk kita kena membentang kertas kerja sejarah. Alasannya nanti senang bila pergi ke Universiti kita dah biasa dengan keadaan begitu. Setelah kertas kerja siap dibentang dan dikomen dan dipaksa komen oleh rakan-rakan, kita akan menaip atas stensil, "digelek" dan edarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Krisis berlaku apabila suatu hari Cg Siti masuk ke dalam kelas dan duduk menulis buku rekod mengajar dengan mengarahkan semua pelajar membaca buku sejarah secara senyap. Oleh kerana mahu memastikan kelas tidak bising beliau menjarakkan pelajar dan saya duduk betul-betul dihadapan beliau. Pada masa tersebut, mana lah kita tahu tentang buku rekod mengajar tersebut, saya meninjau2 lah nak tengok. Apa yang ditulisnya banyak2 dalam buku tersebut. Tiba-tiba beliau bertanya, kenapa saya meninjau2, buatlah kerja sendiri.
Barangkali, dia tidak selesa atau merasa terganggu sebab kesuntukan masa untuk menghantar buku rekod (Buku yang menjadi kebanggaan pelajar jika cikgu suruh ambil di dalam bilik guru) tersebut kepada pengetua untuk disemak. Lalu beliau membandingkan saya dengan adik yang ketika itu di tingkatan 5 di KSAH (sebelum itu belajar di SMTAM) dan beliau pernah mengajar adik saya di tingkat 4. Katanya, saya dengan adik jauh beza, dia lebih kuat belajar.... Maksudnya saya tidak rajin lah... Saya tidak marahkannya tetapi tercabar, kerana saya menganggap adik saya, dia adalah dia dan saya adalah saya...
Ekoran dari itu saya tidak cakap banyak dalam kelasnya dan sangkaannya saya "Boikot". Saya bukannya "Boikot", tetapi rasa kurang senang. Akhirnya dia membebel sehingga katanya, dia makan gaji haram. Pada hal saya atau pelajar-pelajar lain (yang dimarahi kerana saya) tidak menjawab apa2 pun... Akhirnya selepas kelas saya mohon maaf sahaja lah..
Semasa dalam tingkatan 6 inilah saya telah membelanjakan duit RM270/= membeli mesin taip sendiri. Puas pujuk ayah tambah duit sikit, duit biasiswa tak cukup nak beli. Akhirnya dengan bangganya, ada mesin taip "Olympus" sendiri dan mulalah angan2 nak jadi penulis ditambah lagi dengan secara tidak sengaja saya telah memenangi hadiah kedua pertandingan menulis sajak berunsur islam, anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan hadiah disampaikan di Dewan Maktab Mahmud. Terima kasih jugalah kepada cikgu Siti kerana dengan kertas kerja inilah, saya mengenali mesin taip dan belajar menaip walaupun dengan menggunakan dua tiga jari sahaja sehingga zaman komputer sekarang ini.
Kedua, terima kasih dengan rakan-rakan iaitu Sarimah, Tarmizi Shahidan dan Norliza kerana dengan adanya group perbincangan, mampu mengingati fakta-fakta dalam peperiksaan tetapi malangnya 4 orang dari kami hanya saya dan Sarimah yang dapat ke U, manakala Tarmizi berusaha lagi tetapi tidak berjaya juga. Norliza juga begitu, berusaha lagi dan selepas itu tidak dapat dihubungi lagi. Bagi rakan-rakan sekelas, saya seperti dulu juga. Diharap rakan-rakan yang lain yang berjaya pun diharap dapat bersama-sama kita di sini. Rakan-rakan yang tidak berjaya ke Universiti jangan rendah diri kerana kita telah berjaya di bidang lain. Yang penting bagaimana kita mencari rezeki untuk keluarga kita. Berhubunglah sesama kita dan rapatkan silatulrahim yang selama ini renggang terlalu jauh dan memakan masa yang berbelas tahun untuk bertemu semula.
Ketiga, Pada masa tingkatan 6 ini, kita selalu marahkan Pekerja Am, Maniam yang selalu marahkan kita buka kipas angin kerana sekolah nak jimatkan belanja. Akhirnya dia datang dan matikan suis kipas dan hanya satu saja berfungsi iaitu dibahagian depan.. Aduh waktu itu panas!!.. panas lagi bila mengenangkan sesuatu yang ada ditiadakan....
Masih ingat tak dengan cikgu Khairul Bariah.... Pembaca berita bergerak?
Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saa
d

Wednesday 18 August 2010

Bas Gunong...

Beginilah keadaan kami di dalam Bas Gunong, gambar diambil semasa pulang sekolah, tengahari.. awal-awal lagi berebut-rebut naik bas "Cup" tempat masing-masing kerana selepas ini pelajar-pelajar lain akan naik dan tak ada lagi tempat duduk. Tambang pada masa tersebut hanya 20 sen - 30 sen sahaja. Tetapi kami pakai "kad bas" pelajar untuk 1 bulan baru rm2.00, tetapi selepas itu naik kepada rm5.00 dan yang terakhir rm12.00. Sekarang tak tahu lah..
Antara sekolah dengan Kepala Batas (Nama tempat menunggu bas), atau simpang ke Kampung Sungai Baru tidak lah jauh sangat, berbasikal pun boleh.. tetapi suka naik bas. Basikal tinggal di bawah rumah orang di Kepala Batas. Begitulah rutin setiap hari persekolahan.
Yang paling menarik apabila bas ini melalui Jambatan Pantai Johor yang lama tu, bunyinya macam nak runtuh.. tetapi sekarang dah ada jambatan baru dan dapat berselisih kereta. Jambatan lama kena tunggu giliran baru dapat jalan...
Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa tempat tu dipanggil Pantai Johor? Pantai pun tak ada? Bahkan Negeri Johor jauh ke selatan tanah air? Seberang sungai tersebut simpang ke Kampung Suka Menanti? Kenapa ye, siapa yang suka menanti siapa? Suka betul dia menanti (Kampung Tok - nenek sebelah ayah) Kampung tempat saya tinggal, Kampung Sungai Baru, walaupun sungai tersebut sudah lama, ia tetap baru sehingga sekarang... macam orang nama Bujang juga kan, walaupun dah kahwin masih dipanggil bujang .... Heheheee..

Sunday 15 August 2010

MILO - Dulu dan Sekarang...

Lawatan saya ke blog rakan BR (yang sama-sama mengingati sahabat, arwah Sofi Salleh - atau kalangan kami dikenali sebagai Yot) menggamit memori tentang MILO. Memang benar katanya, masa sekolah rendah dulu kita memang ternanti-nanti van MILO ini. Sejak 1973 saya darjah 1 sehingga ke hari ini MILO tidak pernah berhenti perkhidmatannya memberi MILO percuma kepada pelajar, yang merupakan pengiklanan yang sangat berkesan dan tertanam di dalam diri kita dari dulu hingga ke hari ini. Memang benar cawan MILO, sayang nak dibuang - disimpan...
Walaupun ada minuman penggantinya seperti VICO, OVALTINE dll, masih juga kita kata MILO yang sedap. Dulu kami ada pembantu rumah dari Kalimantan, Indonesia. Semasa kami menghantar dia pulang, barang yang sangat-sangat dia hendak membeli untuk dibawa pulang ialah MILO dari Malaysia. Katanya MILO di sini berbeza dengan di Indonesia dari segi kandungan dan lebih sedap ( Barang kedua ialah telor ayam - di sana katanya mahal).

Selain dari minuman MILO, syarikat Nestle ini juga tidak kedekut untuk menaja acara-acara sukan di tanah air kita. Syarikat ini juga memberi sumbangan pingat atau medal untuk atlit sekolah. Semasa saya menjadi PK Kokurikulum di SMK Tiong Hin, Sibu, saya antara orang yang selalu menulis surat untuk dapatkan minuman MILO ini, sehingga ke hari ini saya kenal orang yang menghantar MILO ini dan setiap kali berjumpa mereka akan tanya kenapa lama tidak mengindang ke acara sukan sekolah. Malangnya, di SMK Belawai, MILO tidak dapat dihantar kerana jalan pengangkutan darat ke Tg Manis belum siap di bina. Semoga MILO akan terus memberi khidmat kepada masyarakat selain membuat untung. Tahniah Nestle...

Catatan Mohamad Shariff Bin Mat Saad.
Gambar Hiasan, Copy dr blog BR - Terima Kasih

Saturday 14 August 2010

SRI Gunong Darjah 2 Merah 1974

Gambar di atas Darjah 2 Merah 1974, adalah sumbangan dari Che Gayah Harun, rakan baik kami dari darjah 1 sekolah rendah hingga ke tingkatan 6 di SMTAM. Cuma terpisah di tingkatan 1 hingga 5 sahaja kerana saya ke SMTAM dan beliau di SMK Seri Gunong. Seperti yang di minta oleh beliau saya paparkan gambar ini sebagai kenangan. Saya juga tidak memiliki gambar ini. Rasanya saya tidak membeli gambar ini sebab saya tiada dalam gambar. Tidak hadir ke sekolah semasa gambar diambil..

Kenangan saya di darjah 2:
Kenangan 1 :
Saya dan rakan-rakan (sesi petang) suka sangat main guli dalam longkang, suatu hari kami kena denda dengan cikgu Bahasa Inggeris (Cikgu Aziz) yang sedang mengajar darjah 6 (sesi pagi). Riuh rendah kami main, bising. Manakan tidak, seorang golekkan guli dan seorang lagi akan golek kemudian, jika kena guli yang pertama dia akan dibayar satu guli. Bila main ramai-ramai bisinglah jadinya...Apa dendanya? Kami ramai-ramai dipanggil masuk oleh Cikgu Aziz dan disuruh mencangkung dengan mengangkat sikit lutut ke atas... aduihhhh... lenguhnya.. sampai habis waktu P & P nya...

Kenangan 2 :
Cik Gayah ini baik orangnya, bukannya nak puji... sebab tu saya ingat dia sampai hari ini. Sebabnya dialah tempat saya meminjam alat-alat tulis... Tak kiralah pensil, pensil warna, pen, pemadam dll. Yang pasti Cik Gayah tak kedekut... Seingat saya, saya pernah pergi rumahnya sekali dekat dengan pekan khamis di Gunong Keriang.....Alat tulis sendiri bukan tak ada, tapi biasalah orang perempuan kan, alat2 tulis banyak dan menarik pulak tu...Dulu pun macam sekarang juga, macam-macam alat tulis ada. Pada masa tu pen yang suka sangat saya pakai ialah pen HERO - dapat isi ink semula. Pensil pula ialah jenis tekan-tekan seperti sekarang tapi lebih tebal, berbanding sekarang matanya lebih halus... Geremit(pengasah pencil) dulu ada cermin kecik.. la nie tak nampak lah pulak. Liquid paper pada masa tu belum ada lagi....


















Disember tahun lalu 2009, keluarga saya dari Sarawak berkunjung ke Kedah, bergambar di dalam Muzium Padi, Gunong Keriang
Dari kiri, Ayah (Hj. Mat Saad) Emak (Hajjah Rahmah) Makcik (Adik Emak Mertua- Leha) Emak Mertua ( Timah) , Makcik ( Adik Emak Mertua - Saadiah) Anak ( Nurul Nadhirah) dan Bapa Mertua (Sada)
Pemandangan dari lukisan yang ada di bahagian atas Muzium Padi.

Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saad.

nota ilah jy:terimakasih kepada che gayah kerana sudi berkongsi gambar melalui moshar..canggih sungguh dunia kita tanpa posmen kita boleh paskan gambar..hehe..masa cucu kita dan cicit kita macamana ya?? untung depa...tapi syukur zaman kita zaman penuh harmoni krn selamat dari kecelakaan yg ditimbulkan manusia..contoh gejala2 yg tak sihat la nii..betoi tak kwn2?
keluarga ilahjy pernah melawat muzium ni mmg canggih dan cantik..tiada tandingan t.kasih moshar..atas perkongsian ini..untung jadi menantu org sarawak jalan jauh.. kami pernah tinggal di KEM PAKIT SRI AMAN SARAWAK PADA TAHUN 1994-1997 zaman jerebu dan koxsaki..hehe bestttt ..mcm2 ada..p sarikei dan sibu 3,4 hari naik feri dll...tak pi dah pas ni ..puas sungguh berjalan..

Oh ya ka... lama juga rupanya di Sarawak. Saya tidak tahu.. Tahun 1993 saya di SMK Three Rivers, 1994 saya kahwin dan hujung tahun pindah ke Sibu dan terus menetap hingga ke hari ini. Sekarang ini, sebab ditukarkan di SMK Belawai saya berulang alik lah, hari Ahad pergi dan balik pada petang jumaat. Kalau tahu Ilahjy ada di sibu, masa majlis kahwin 31 Mei 1994 tentu dapat datang kan? Sekarang feri tidak ada lagi, sudah ada jambatan merentasi sungai Rajang tu.... perjalanan jadi singkat. Kalau zaman ada feri dulu, tambahan pula musim perayaan berjam2 tunggu feri.. adussss... boringnya. Saya pernah kena tunggu dari jam 6.00pm, jam 9.00 malam baru dapat lintas sungai tu.. Sekarang dah banyak berubahlah Ilahjy..

Thursday 12 August 2010

SRI Gunong Darjah 5 Merah 1977

Setelah berusaha bersungguh-sungguh, dapatlah merasa dapat no terendah. Ingat saya no 3 dari semua pelajar yang ada dalam kelas 4 hijau, seterusnya terpilihlah naik semula ke darjah 5 merah. Dalam kelas ini persaingannya sengit. Ramai rakan-rakan yang pandai-pandai dan susah nak kalahkan mereka terutama rakan-rakan lelaki dan perempuan yang duduk di bahagian depan sebaris dengan guru-guru. Duduk dari kiri ialah, kalau tidak salah ialah Zahir, Harun, Mohd Silmi, Cikgu Sarabanun, Cikgu Mohd Zain, Cikgu Kuah, Cikgu Hashim? Ustazah dan Cikgu Wan. Seterusnya ? , Norliza, Zaiton. Di belakang (tengah dari kiri) Aminuddin, Mohd Badri, ? , Halim, ? , Cik Gayah, Norhayati, ? , ? , Suraya, ? , ? , ? , ?, Shahnon Kasim, Zulkifli, Wan Salman dan Shukri. Berdiri di belakang dari kiri mohd Sham ( Kini Peguam - sama-sama mencari berudu), ? , Mohd Ula (Ke SMDSO), ? , Ridwan, Zamri, Suhaimi Hamid, ? , Ibrahim, Mohd Daud, Saya, Saupi, Norizan dan yang lain tak ingat nama mereka.
Ingatan saya : Peristiwa 1 :
Kelas kami betul-betul bersebelahan dengan bilik guru besar. Hanya dipisahkan dengan tangga di bangunan tempat kami bergambar di atas. Disebelah kelas kami ialah kelas 5 Biru. Di luar kelas ini ada loceng manual. Tugas menggoyang loceng dipertanggungjawabkan kepada kelas 5 Biru tetapi kami di kelas 5 merah juga teringin sangat nak goyangkan loceng tersebut. Berebut-rebutlah kami keluar untuk mengambil peluang. Saya sendiri sempatlah beberapa kali menggoyangnya, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain dan selalu kami kena marah dengan kelas 5 Biru dan selalu diugut akan beritahu GB (guru besar)- tapi tak pun...depa pun takut dengan GB.
Ingatan saya : Peristiwa 2 :
Cikgu Sarabanun yang macam mamak tu, sangat garang. Dia selalu membawa pembaris panjang. Mata Pelajaran yang dia ajar ialah Ilmu Alam- Geografi lah sekarang nie. Tempat duduk saya di bahagian belakang sekali. Bila dia tanya soalan biasanya yang depanlah selalu jawab soalan dan selalu dapat pujian. Kami dibelakang tak berpeluang. Jika ada pun, soalan yang ditujukan kepada kami susah2 belaka (rasa kami lah). Jika tak dapat jawab dia akan ketuk kepala dengan pembaris panjang yang dia bawa. Suatu hari dia tanya soalan tentang tanaman jut. Jut ialah sejenis tumbuhan di Sri Langka atau Bangladesh? Tak ingat lagi - tapi soalannya, sebelum jut dibuat tali apakah yang perlu dilakukan? Satu kelas tak dapat jawab. Semua kena berdiri atas kerusi. Lepas tu dia kata, sapa yang tahu, nanti saya beri peluang ketuk kepala kawan dengan pembaris tersebut. Entah macam mana saya angkat tangan nak jawab, dan diberi peluang. Kata saya sebelum jut dibuat tali kenalah dibuang daunnya. Tak sangka pula jawapan tu betul. Akhirnya diberi peluang ketuk kepala rakan2 dalam kelas dari depan hingga yang terakhir. Bangganya... rasa pandai sangat le kononnya sbb rakan-rakan yang pandai-pandai pun tak dapat jawab..
Ingatan saya: Peristiwa 3 :
Saya pernah bertelagah dengan cikgu Mohd Zain nie, dia mengajar sains. Soalan yang diajukan kepada pelajar ialah banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertanduk? Semua dah dijawab oleh rakan-rakan dan cikgu tulis dipapan hitam. Lembu, kerbau, rusa dan lain-lain. Nampaknya bila sampai kepda saya tak ada lagilah yang dapat saya jawab. Akhirnya saya kata, Ikan pun ada tanduk cikgu. Semua orang ketawa dan saya agak marah le.. Cg kata mana ada ikan bertanduk? Saya bersungguh2 kata ikan ada tanduk juga nanti saya bawa gambar dan cikgu tengok... Cg Mohd Zain mencabar saya bawa contoh. tapi dia hukum saya berdiri sebab katanya saya lawan cakap dia. Kebetulan ayah saya suka sangat beli bahan-bahan bacaan untuk kami adik beradik seperti Komik Bujal/Bujil, Mingguan Pelajar, Hang Tuah dan lain-lain. Dalam Mingguan Pelajar ada menceritakan ikan bertanduk, dan matanya terletak ditanduk tersebut. Siap dengan gambar. Keesokkanya saya bawa ke sekolah dan tunjukkan kepadanya. Tak terkata... bila dia membaca rencana tersebut...

Cikgu Kuah pula suka hukum pelajar dengan pennya. Kalau dia marah dicucuk-cucuk pennya atas kepala pelajar. Saya pun selalu kena... Sakit Ooooo.... Masa dia cucuk2 dia kata..Tongkoi..tongkoi.. tongkoi... Tak pandailah tu. Selain dari itu, saya rasa dalam kelas ini Cik Gayah pun pernah kena hukum dengan Cikgu Sarabanun - tak tahu kesalahannya. Hukumannya kena berdiri dan angkat sebelah kaki ... penat Ooooo.... Hahahaaaaa...
Dari peristiwa yang berlaku, ada pengajaran kepada kita...kan?

Sazali Shariff (Ted) Dalam Kenangan..

Saya abadikan sekeping gambar bersama dengan rakan karib - sangat rapat.. Allahyarham Sazali Shariff atau dikalangan kawan-kawan di SMTAM dari tingkatan 1 - 5 lebih mengenalinya dengan panggilan Ted sahaja. Kami berkawan bukan sahaja di sekolah tetapi saling kunjung mengunjugi ke rumah, ketika itu beliau tinggal bersama keluarga di Flat Simpang Kuala.
Selepas tingkatan 5, berpisah.. beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan selepas itu sekali sekala sahaja bertemu. Saya bertemu dengannya semula di sebuah kedai CD di Pasifik A. Setar dua tahun sebelum beliau meninggal dunia akibat berbagai jenis penyakit spt kencing manis dan sebagainya. Beliau kelihatan tidak gembira dengan pertemuan tersebut, barangkali berasa rendah diri tetapi akhirnya dengan pertemuan tersebut kami rapat semula dan saya mengunjugi rumahnya di belakang kedai mamak simpang Pantai Johor dekat "Trafik Light" sebelah kiri nak ke Anak Bukit. Pada masa tersebut beliau bekerja menjual kereta Perodua.
Berbagai perkara kami bualkan, al-maklumlah lama tak jumpa dan saya mendapat tahu bapa dan adik bungsunya telah meninggal dunia akibat sakit yang sama. Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa saya makan di Kedai Makan Mananan Thailand di Kuala Sungai. Beliau memesan makanan lalu menunggu di dalam kereta, pada mulanya saya tidak camnya kerana badannya kurus. Beliau terkejut bila ditegur dan tahu saya di situ bersama keluarga. Beliau tidak dapat bercakap banyak cuma katanya dia teringin sangat nak makan makanan di situ. Bila makanan siap dibungkus lalu terus pulang tanpa berkata apa-apa. Saya rasa pelik dengan tingkah lakunya. Selang beberapa bulan emak memberitahu saya Ted telah kembali ke Rahmatullah setelah emak bertemu dengan keluarganya di hospital.
Sesuatu yang tidak dapat lupakan ialah, pada satu tahun SMTAM (anjuran siapa tidak ingat) ada menganjurkan Telentime - pertandingan nyanyian. Saya kata saya nak cuba - lagu apa? Alleycat le.. tapi duit tak ada nak bayar yuran masuk. Dengan inisiatifnya, dia dan kawan-kawan kumpul duit untuk yuran masuk. Masa praktis dan buat pemilihan di SK Gunong, mereka ikut dan saya dapat masuk akhir. Tak tau macam mana boleh terlekat nama.. rasa-rasa masa nyanyi tu lagu ke mana, muzik ke mana pun tak tau le. Band yang mengiringi penyanyi pada masa tu Band Sungai Baru - Saudara mara Zulkifli bersebelahan dengan rumah Ibrahim (kedua-duanya rakan di sekolah rendah)
Hari pertandingan sebenar akhirnya tiba. Turun sahaja dari bas saya tengok ramainya pelajar yang datang. Sambutan memang hangat punya.. Hati berdebar bukan main. Akhirnya kaki yang melangkah dah terlalu lemah, lalu melangkah ke kedai makan depan masjid Alor Merah. Mereka yang menunggu punyalah marah... Barangkali kalau menang lah ... la nie entah2 kedudukannya mungkin sama dengan Siti Norhaliza. Hahahaaaaa...
Bagaimanapun kenangan bersamanya tetap tercatat dalam memori dan sukar di padam walaupun sudah 5 tahun pemergiannya. Semoga rohnya juga ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan orang2 yang beriman - Alfatehah..

Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saad
Kenapa nama Sazali ditukar jadi Ted? Cerita bapanya semasa beliau dilahirkan badannya kecil - lalu dipanggi Ted.. (kecik ted) -

Wednesday 11 August 2010

SRI Gunong Darjah 4 Hijau 1976

Darjah 1 hingga darjah 3 semuanya kelas merah. Kelas merah pada masa tu dikira kelas orang pandai le... Oleh kerana terlalu main semasa belajar, tak serius langsung, akibatnya terus ditendang ke kelas 4 hijau. Manakan tidaknya masa tingkatan tiga seingat saya, kami suka sangat mencari anak berudu dan anak ikan karin (Ikan pelaga) di bawah kelas. Bangunan tu tinggi (Barangkali di buat untuk mengelak banjir). Oleh kerana kawasan sekitar adalah sawah padi maka air selalu bertakung dibawahnya. Jadi saya bersama-sama Mohd Sham (sekarang peguam - pernah jumpa sekali) dan Abd Razak (Tidak tahu dimana sekarang - Mohd Sham dan Abd Razak sepupu) pada masa tu kawan baik sayalah - bukan main lagi kami cari berudu masukkan ke dalam botol dan suka tengok bila dah tumbuh kaki... Foyooo. Asyik saya dengan aktiviti tersebut masa darjah 2 dan 3 hingga semua subjek merosot. Dapat nombor kemereh saja... Pada masa ini mak dan ayah ambik hantar lagi ke sekolah. Mak kata hang nie pi kerja kontrak atau pi belajar, baju seluar semua kotor kena lanyau (tanah). Kedudukan dalam darjah bukan main banyak tak larat aku kayuh gerek (basikal - kalau di Sarawak nie bergerek maksudnya bercinta, kalau gerek tu mak we atau pak we le...) nanti kena sewa lori ambik nombor hang... hahahaaa..

4 hijau bukannya kelas yang bodoh sangat? Opps bukannya kelas tak pandai sangat tetapi ada lah sorang dua rakan-rakan yang pada masa sekarang nie dikira kena dapat terapi khas dari fasilinus le.. Rakan yang saya ingat dalam kelas ini ialah Mohd Helmi, budak lelaki yang duduk depan tu. Yang duduk depan dari kiri no 1 tu saye le.. Guru yang saya masih ingat ialah Cikgu Wan ( Bersanggul besar dan suka dengan barang antik- yang paling best kereta dia pun kereta antik, tak berbumbung. Pernah sekali keretanya rosak tengah jalan semasa dia dengan suaminya. Kita nak tolong pun tak tahu nak buat apa2), guru yang kedua tu Ustazah?, Puan Teh, dan Guru Kelas Cikgu Noraini (orang perak- suka menjahit dan mengkait. Dalam kelas pun buat kerja tu.. saya kira sampai sekarang pun dia masih menjahit, semoga Allah panjangkan usia dan kekalkan kesihatan untuknya - Doa saya)
Cikgu Noraini adalah seorang cikgu yang baik. Banyak nasihat yang boleh pakai. Sifat keibuannya yang pok pek-pok pek kadang-kadang buat kami sekelas tak tahan juga. Pernah sekali dia bagi "0" bagi kerja bertulis saya. Saya tak ingat subjek tu.. tapi rasanya tulisan jawi. Kes ialah lambat hantar - pelupa (buku yang diedarkankan terbawa balik). Jadi rasa tak puas hati membuatkan saya jumpa dengan guru besar. Akhirnya guru besar panggil dia ke bilik. Ya Ampun... tak terfikir saya sampai macam tu. Bila dia jumpa saya dalam kelas bukan main marah dia, tapi tak le dia buat apa2. Dia kata " His.. budak nie buat saya susah le..", masih saya ingat peristiwa tu. Tidak pula saya minta maaf. Keesokkan harinya dia jemput semua murid ke kantin, katanya, hari ini cikgu belanja makan mee... malu juga rasanya nak pergi makan.. kita dah ada kes. Mau tak mahu pergi juga sebab semua orang pergi. Adusss.. makan pun rasa tak lalu.. tapi habis jugak. Huhuhu...
Nak dijadikan cerita, selepas habis study di UUM saya bekerja sementara diInfografik Design Consultans, dan berkenalan dengan bakal menantunya (polis- sekarang dah kahwin le..) - tak ingat nama - lama dah tahun 1991. PejabatnyaInfografik Design Consultans betul-betul di depan Bank Negara Cawangan Alor Setar (sekarang BSN) di atas MIKO Farmasi. Semasa majlis pertunangan, menantunya tadi menjemput kami ke rumah dan majlis dibuat di rumah cikgu Noraini, Taman dekat dengan kawasan lumba kuda. Tak terucap saya bila dia memperkenalkan saya dengan Cikgu Noraini yang sedang sibuk membungkus makanan untuk isteri ke dua suaminya. Dalam hati baiknya dia nie... Selepas makan saya jumpa Cg Noraini dan mohon izin untuk pulang.. Dia tidak kenal saya.. Semoga Allah membalas semua kebaikkannya dan ilmu yang dicurahkan kepada pelajar dan semoga dia memaafkan kesilapan saya... dah..
Saya nak cerita tetang Pn Teh pula, sebelum ini saya kata dia baik kan? Walaupun dia bukan Melayu, tetapi kehidupannya macam orang melayu. Pakaiannya saja, sentiasa memakai skirt. Niat untuk membantu murid memang menjadi agenda utamanya. Kebanyakkan pelajar adalah terdiri dari keluarga berpendapatan rendah, latar belakang keluarga buat bendang (Sawah padi). Pn Teh ajak main kut (Kutu), Setiap hari dia kutip dari pelajar seorang 10 sen (sekupang). Seminggu sekali dia akan berikan pada seorang murid. Jadi dengan duit itu dapatlah kami beli buku.. lebih-lebih lagi pada masa tersebut banyak kedai buku yang selalu buat pameran di sekolah. Minat untuk membeli buku tertanam pada diri kami semua. Akhirnya saya berusaha dan dapatlah naik ke darjah 5 merah semula. Heheheeee...
Tak bawa buku, lupa buku, tak ada buku bukan masalah pelajar sekarang sahaja tetapi masalah ini adalah masalah global dan masalah sejak dulu lagi. Apa yang dibuat oleh guru-guru sekolah ini dulu ialah, guru menyimpan buku-buku murid terutama buku tulis. Saya adalah salah seorang dari pelajar yang ditugaskan untuk pergi ambil dan hantar buku ke bilik guru. Dengan cara ini kadar pelajar lupa dan tidak belajar dalam kelas berkurangan. Murid juga tidak terbeban untuk membawa buku dengan banyak. Semoga ia menjadi pedoman kepada guru-guru sekarang yang berhadapan dengan masalah begini. Jangan kita sentiasa mencari masalah pelajar dan sentiasa mengambil tindakan atas kesalahan tersebut. Apa kata, kita memikirkan jalan penyelesaian seperti guru-guru dulu yang sentiasa kreatif dan inovatif. Panitia pelajaran juga perlu memikirkan secara kreatif tentang penggunaan wang panitia yang diperuntukkan. Semasa saya di SRI Gunong ini, kami dibekalkan dengan warna dan alat tulis tertentu, selepas P & P ia akan di simpan dan digunakan oleh pelajar lain pula. Oleh itu kadar hukuman masalah begini tidak timbul dan P & P berjalan dengan lancar...murid tetap murid. Semoga guru-guru hari ini lebih berdedikasi.. Tahniah untuk guru-guru seperti ini..

Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saad
** Gambar Darjah 2 dan 3 tiada dalam simpanan, tak ada duit atau mungkin tidak beli sebab tidak bergambar bersama-sama rakan-rakan kerana seingat saya semasa saya darjah 3, saya sakit... kaki masuk dalam "spok" gerek. Ambik kau... nakal sangat. Hehee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...