Bagi keluarga kami, mungkin masa kecil kami agak takut dengan ayah, garang juga tetapi bila kami adik beradik meningkat dewasa, ayah adalah teman dan rakan karib. Kami adik beradik memang rapat dengan ayah, kami boleh keluar makan bersama-sama bila-bila masa, berbincang berbagai hal. Beliau "Open Minded". Yang paling kami adik beradik hormati, pendapat kami tidak dipinggirkan. Walaupun sekarang kami adik beradik berjauhan, jika ada sesuatu perkara, ayah masih perlukan pendapat kami terutama anak sulung ayah ini. Secara tidak langsung hubungan kami adik beradik amat rapat.
Ayah adalah guru pertama kami, kami mengenal ABC dan ayat-ayat Al-Quran kerana ayah. Ayah sangat disiplin, mungkin sebab bekas Askar Waltaniah. Semasa mengajar kami, suara ayah memang kuat, biar apa orang kampung nak kata, yang penting ia mahu kami berjaya. Hidup kami berjadual, terutama bagi 3 orang anak lelaki tidak bagi 2 orang anak perempuan. Kami ada jadual bermain dan belajar. Pelita minyak tanah adalah teman kami. Bila kami tidur ayah akan lapkan asap hitam dihidung.
Jadual menonton, hanya malam sabtu dibenarkan di rumah jiran. Menonton cerita Melayu. Ayah akan bekalkan wang masuk 10 sen, kena bayar sebab TV pakai generator. Elektrik belum ada. Alhamdulillah semua anaknya kini dapat berdiri sendiri. Kata ayah "Tiada harta yang dapat aku berikan, aku bagi ilmu, harta kamu cari sendiri", Banyak perkara, Ayah dan Mak sependapat, tiada halangan bagi kami, pergilah kemana pun mencari rezeki, tetapi jangan lupa keluarga...
Terima kasih ayah.. kasih ayah kepada kami setanding kasih emak. Tiada bezanya. Kami adik beradik doakan semoga ayah dan emak sihat walafiat dan dapat beribadat dengan sempurna.
Dalam gambar - Ayah (Mat Saad), Emak (Rahmah), Yang berdiri pakai seluar pendek badman tu tentulah saya, yang ditangan emak, adik (Zainol), mata terpandang ke atas sebab terkejut. Kata emak dulu masa nak ambil gambar untuk beri perhatian kepada kanak-kanak tukang gambar akan bunyikan loceng. Dipindahkan dari N3 pada 21.6.2010 dari blog http:// www.moshar2000.blogspot.com
No comments:
Post a Comment