Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Wednesday 11 August 2010

SRI Gunong Darjah 1 Merah 1973

Jom layan gambar ini pulak. Semuanya kelihatan "Baby Face" lagi. Almaklumlah baru darjah satu. Lokasi gambar pula di dalam kantin sekolah. Pada masa ini berbagai aktiviti dijalankan di kantin, termasuklah pertunjukkan "orang kuat"(aksi2 tidur atas kaca, makan kaca dan sebagainya), pertunjukkan silap mata, pertunjukkan main ular dan lain2. Jika ada orang datang ke sekolah untuk membuat pertunjukkan maka tidak belajarlah. Bahkan jika ada acara tinju Mohamad Ali Lawan Joe Bugner 1973, pun kami sama-sama menonton bersama dengan cikgu kerana di sebelah kantin tu (belakang kami- gambar atas) adalah bilik TV yang lengkap dengan genarator.
Walau apapun suasana pembelajaran pada masa itu sangat seronok. Kalau boleh tak nak cuti. Nak sentiasa ada di sekolah. Tak macam bebudak serang nie, suka sangat nak ponteng sekolah. Sambung sikit lagi pasal kantin, nanti cerita hal lain pulak. Saya tidak dapat lupa kantin nie, sebab masakan mak cik kantin nie sedap2. Tak tahulah rakan2 lain. Harga pada masa tu murah sangat, mee (10 sen) sepinggan, nasi lemak (10 sen sepinggan), air (5 sen) segelas. Berebut kami membeli. Yang paling saya suka ialah ubi sengkuang dihiris nipis, lepas tu letak kuah rojak diatas, harga 10 sen (sekupang) hahaha.. Pada masa tu saya bawa duit 20 sen sahaja (2 kupang) kemudian beli air 5 sen (5 duit) tinggal 5 sen lagi nanti nak beli keropok di kepala batas. Takut duit hilang, biasanya mak akan ikat duit di baju dengan getah gelang.. hahahaaaa... Sekarang semua makanan dijual dalam plastik. Nampak tak sopan langsung. Tapi akan daya, banyak kes selepas makan pinggan jadi "Piring Terbang". Nasib pengusaha kantin lah, cari sana sini. Duit mewah, sekupang, dua kupang tak main... semua barang dah mahal2 / nilai duit dah mengecil. Terpaksa ibu bapa sediakan lebih..
Gambar diatas saya simpan dengan baik, sayang.. nampaknya sekarang sangat bermanfaat dapat dikongsi dengan rakan2 di sini. Camera yang digunakan untuk mengambil gambar ini camera jenis lama. Tak tahu lah apa jenisnya. Hebatnya camera dulu, tukang gambar akan menutup kepala dengan kain hitam untuk fokus betul2, flash di tangan. Tengok tu ada yang serius sangat, barangkali dalam hati masing2 berkata, betul ke dia nie...? Cikgu pun nampak macam tak confidence je...
SRI Gunong sebenarnya adalah Sekolah Rendah Inggeris Gunong, dan sebelahnyanya ialah Sk Gunung, sekolah kebangsaan gunung atau lebih dikenali sebagai sekolah Melayu - Betul tak Ilahjy? Gambar ini tak ada Ilahjy kerana selepas darjah 6 baru semua ke Sekolah Menengah Sri Gunong - sekolah baru dan sebahagian lagi ke SMTAM termasuk saya. Bagi rakan2 yang terpisah dari SRI Gunong, semua berjumpa kembali semasa tingkatan 6 rendah di SMTAM, termaksuklah dari rakan-rakan dari SK Gunong.
Mohon maaf kerana saya tidak ingat semua nama mereka, tapi yang barisan hadapan, dari kiri ialah Zawawi?, Suhaimi Harun (sekarang penebar roti canai- kerja sendiri) masa bulan puasa biasanya dia berniaga di Pantai Johor. Kemudian Zulkifli, Wan Salman, Ustazah?, Puan Teh - Guru kelas, Guru besar - Mohd Ali - Saya ingat guru besar ini sebab dulu tandatangannya dia buat cop saja, mana-mana guru pun boleh tolong dia tandatangan. Seterusnya, Suzaiza Ayob, ? , dan yang last duduk ialah Che Gayah. (Sory gambar tak sensor nampak lutut - tak pa kot budak2) Yang belakang tu lupa2 ingat kecuali sorang - saya lah tu di belakang ustazah.
Mana Puan Teh sekarang pun tak tau.. Baik sangat. Sayang saya padanya. Pernah sekali dia marah darjah 1 merah nie, sbb semasa beliau mengajar tiba-tiba kami semua panjat atas meja nak tengok rombongan orang cina meninggal dunia - perjalanan ke Jirat. Apa tidaknya bunyi muziknya kuat sangat dan menarik perhatian. Tingkap kelas tinggi (masa kita kecil tingkap kelihatan tinggi) nak tengok jugak, terpaksalah panjat meja. Hujung2 semua kena denda berdiri atas meja sampai loceng bunyi. Rasa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...