Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Thursday 12 August 2010

Sazali Shariff (Ted) Dalam Kenangan..

Saya abadikan sekeping gambar bersama dengan rakan karib - sangat rapat.. Allahyarham Sazali Shariff atau dikalangan kawan-kawan di SMTAM dari tingkatan 1 - 5 lebih mengenalinya dengan panggilan Ted sahaja. Kami berkawan bukan sahaja di sekolah tetapi saling kunjung mengunjugi ke rumah, ketika itu beliau tinggal bersama keluarga di Flat Simpang Kuala.
Selepas tingkatan 5, berpisah.. beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan selepas itu sekali sekala sahaja bertemu. Saya bertemu dengannya semula di sebuah kedai CD di Pasifik A. Setar dua tahun sebelum beliau meninggal dunia akibat berbagai jenis penyakit spt kencing manis dan sebagainya. Beliau kelihatan tidak gembira dengan pertemuan tersebut, barangkali berasa rendah diri tetapi akhirnya dengan pertemuan tersebut kami rapat semula dan saya mengunjugi rumahnya di belakang kedai mamak simpang Pantai Johor dekat "Trafik Light" sebelah kiri nak ke Anak Bukit. Pada masa tersebut beliau bekerja menjual kereta Perodua.
Berbagai perkara kami bualkan, al-maklumlah lama tak jumpa dan saya mendapat tahu bapa dan adik bungsunya telah meninggal dunia akibat sakit yang sama. Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa saya makan di Kedai Makan Mananan Thailand di Kuala Sungai. Beliau memesan makanan lalu menunggu di dalam kereta, pada mulanya saya tidak camnya kerana badannya kurus. Beliau terkejut bila ditegur dan tahu saya di situ bersama keluarga. Beliau tidak dapat bercakap banyak cuma katanya dia teringin sangat nak makan makanan di situ. Bila makanan siap dibungkus lalu terus pulang tanpa berkata apa-apa. Saya rasa pelik dengan tingkah lakunya. Selang beberapa bulan emak memberitahu saya Ted telah kembali ke Rahmatullah setelah emak bertemu dengan keluarganya di hospital.
Sesuatu yang tidak dapat lupakan ialah, pada satu tahun SMTAM (anjuran siapa tidak ingat) ada menganjurkan Telentime - pertandingan nyanyian. Saya kata saya nak cuba - lagu apa? Alleycat le.. tapi duit tak ada nak bayar yuran masuk. Dengan inisiatifnya, dia dan kawan-kawan kumpul duit untuk yuran masuk. Masa praktis dan buat pemilihan di SK Gunong, mereka ikut dan saya dapat masuk akhir. Tak tau macam mana boleh terlekat nama.. rasa-rasa masa nyanyi tu lagu ke mana, muzik ke mana pun tak tau le. Band yang mengiringi penyanyi pada masa tu Band Sungai Baru - Saudara mara Zulkifli bersebelahan dengan rumah Ibrahim (kedua-duanya rakan di sekolah rendah)
Hari pertandingan sebenar akhirnya tiba. Turun sahaja dari bas saya tengok ramainya pelajar yang datang. Sambutan memang hangat punya.. Hati berdebar bukan main. Akhirnya kaki yang melangkah dah terlalu lemah, lalu melangkah ke kedai makan depan masjid Alor Merah. Mereka yang menunggu punyalah marah... Barangkali kalau menang lah ... la nie entah2 kedudukannya mungkin sama dengan Siti Norhaliza. Hahahaaaaa...
Bagaimanapun kenangan bersamanya tetap tercatat dalam memori dan sukar di padam walaupun sudah 5 tahun pemergiannya. Semoga rohnya juga ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan orang2 yang beriman - Alfatehah..

Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saad
Kenapa nama Sazali ditukar jadi Ted? Cerita bapanya semasa beliau dilahirkan badannya kecil - lalu dipanggi Ted.. (kecik ted) -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...