Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Wednesday 11 August 2010

SRI Gunong Darjah 4 Hijau 1976

Darjah 1 hingga darjah 3 semuanya kelas merah. Kelas merah pada masa tu dikira kelas orang pandai le... Oleh kerana terlalu main semasa belajar, tak serius langsung, akibatnya terus ditendang ke kelas 4 hijau. Manakan tidaknya masa tingkatan tiga seingat saya, kami suka sangat mencari anak berudu dan anak ikan karin (Ikan pelaga) di bawah kelas. Bangunan tu tinggi (Barangkali di buat untuk mengelak banjir). Oleh kerana kawasan sekitar adalah sawah padi maka air selalu bertakung dibawahnya. Jadi saya bersama-sama Mohd Sham (sekarang peguam - pernah jumpa sekali) dan Abd Razak (Tidak tahu dimana sekarang - Mohd Sham dan Abd Razak sepupu) pada masa tu kawan baik sayalah - bukan main lagi kami cari berudu masukkan ke dalam botol dan suka tengok bila dah tumbuh kaki... Foyooo. Asyik saya dengan aktiviti tersebut masa darjah 2 dan 3 hingga semua subjek merosot. Dapat nombor kemereh saja... Pada masa ini mak dan ayah ambik hantar lagi ke sekolah. Mak kata hang nie pi kerja kontrak atau pi belajar, baju seluar semua kotor kena lanyau (tanah). Kedudukan dalam darjah bukan main banyak tak larat aku kayuh gerek (basikal - kalau di Sarawak nie bergerek maksudnya bercinta, kalau gerek tu mak we atau pak we le...) nanti kena sewa lori ambik nombor hang... hahahaaa..

4 hijau bukannya kelas yang bodoh sangat? Opps bukannya kelas tak pandai sangat tetapi ada lah sorang dua rakan-rakan yang pada masa sekarang nie dikira kena dapat terapi khas dari fasilinus le.. Rakan yang saya ingat dalam kelas ini ialah Mohd Helmi, budak lelaki yang duduk depan tu. Yang duduk depan dari kiri no 1 tu saye le.. Guru yang saya masih ingat ialah Cikgu Wan ( Bersanggul besar dan suka dengan barang antik- yang paling best kereta dia pun kereta antik, tak berbumbung. Pernah sekali keretanya rosak tengah jalan semasa dia dengan suaminya. Kita nak tolong pun tak tahu nak buat apa2), guru yang kedua tu Ustazah?, Puan Teh, dan Guru Kelas Cikgu Noraini (orang perak- suka menjahit dan mengkait. Dalam kelas pun buat kerja tu.. saya kira sampai sekarang pun dia masih menjahit, semoga Allah panjangkan usia dan kekalkan kesihatan untuknya - Doa saya)
Cikgu Noraini adalah seorang cikgu yang baik. Banyak nasihat yang boleh pakai. Sifat keibuannya yang pok pek-pok pek kadang-kadang buat kami sekelas tak tahan juga. Pernah sekali dia bagi "0" bagi kerja bertulis saya. Saya tak ingat subjek tu.. tapi rasanya tulisan jawi. Kes ialah lambat hantar - pelupa (buku yang diedarkankan terbawa balik). Jadi rasa tak puas hati membuatkan saya jumpa dengan guru besar. Akhirnya guru besar panggil dia ke bilik. Ya Ampun... tak terfikir saya sampai macam tu. Bila dia jumpa saya dalam kelas bukan main marah dia, tapi tak le dia buat apa2. Dia kata " His.. budak nie buat saya susah le..", masih saya ingat peristiwa tu. Tidak pula saya minta maaf. Keesokkan harinya dia jemput semua murid ke kantin, katanya, hari ini cikgu belanja makan mee... malu juga rasanya nak pergi makan.. kita dah ada kes. Mau tak mahu pergi juga sebab semua orang pergi. Adusss.. makan pun rasa tak lalu.. tapi habis jugak. Huhuhu...
Nak dijadikan cerita, selepas habis study di UUM saya bekerja sementara diInfografik Design Consultans, dan berkenalan dengan bakal menantunya (polis- sekarang dah kahwin le..) - tak ingat nama - lama dah tahun 1991. PejabatnyaInfografik Design Consultans betul-betul di depan Bank Negara Cawangan Alor Setar (sekarang BSN) di atas MIKO Farmasi. Semasa majlis pertunangan, menantunya tadi menjemput kami ke rumah dan majlis dibuat di rumah cikgu Noraini, Taman dekat dengan kawasan lumba kuda. Tak terucap saya bila dia memperkenalkan saya dengan Cikgu Noraini yang sedang sibuk membungkus makanan untuk isteri ke dua suaminya. Dalam hati baiknya dia nie... Selepas makan saya jumpa Cg Noraini dan mohon izin untuk pulang.. Dia tidak kenal saya.. Semoga Allah membalas semua kebaikkannya dan ilmu yang dicurahkan kepada pelajar dan semoga dia memaafkan kesilapan saya... dah..
Saya nak cerita tetang Pn Teh pula, sebelum ini saya kata dia baik kan? Walaupun dia bukan Melayu, tetapi kehidupannya macam orang melayu. Pakaiannya saja, sentiasa memakai skirt. Niat untuk membantu murid memang menjadi agenda utamanya. Kebanyakkan pelajar adalah terdiri dari keluarga berpendapatan rendah, latar belakang keluarga buat bendang (Sawah padi). Pn Teh ajak main kut (Kutu), Setiap hari dia kutip dari pelajar seorang 10 sen (sekupang). Seminggu sekali dia akan berikan pada seorang murid. Jadi dengan duit itu dapatlah kami beli buku.. lebih-lebih lagi pada masa tersebut banyak kedai buku yang selalu buat pameran di sekolah. Minat untuk membeli buku tertanam pada diri kami semua. Akhirnya saya berusaha dan dapatlah naik ke darjah 5 merah semula. Heheheeee...
Tak bawa buku, lupa buku, tak ada buku bukan masalah pelajar sekarang sahaja tetapi masalah ini adalah masalah global dan masalah sejak dulu lagi. Apa yang dibuat oleh guru-guru sekolah ini dulu ialah, guru menyimpan buku-buku murid terutama buku tulis. Saya adalah salah seorang dari pelajar yang ditugaskan untuk pergi ambil dan hantar buku ke bilik guru. Dengan cara ini kadar pelajar lupa dan tidak belajar dalam kelas berkurangan. Murid juga tidak terbeban untuk membawa buku dengan banyak. Semoga ia menjadi pedoman kepada guru-guru sekarang yang berhadapan dengan masalah begini. Jangan kita sentiasa mencari masalah pelajar dan sentiasa mengambil tindakan atas kesalahan tersebut. Apa kata, kita memikirkan jalan penyelesaian seperti guru-guru dulu yang sentiasa kreatif dan inovatif. Panitia pelajaran juga perlu memikirkan secara kreatif tentang penggunaan wang panitia yang diperuntukkan. Semasa saya di SRI Gunong ini, kami dibekalkan dengan warna dan alat tulis tertentu, selepas P & P ia akan di simpan dan digunakan oleh pelajar lain pula. Oleh itu kadar hukuman masalah begini tidak timbul dan P & P berjalan dengan lancar...murid tetap murid. Semoga guru-guru hari ini lebih berdedikasi.. Tahniah untuk guru-guru seperti ini..

Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saad
** Gambar Darjah 2 dan 3 tiada dalam simpanan, tak ada duit atau mungkin tidak beli sebab tidak bergambar bersama-sama rakan-rakan kerana seingat saya semasa saya darjah 3, saya sakit... kaki masuk dalam "spok" gerek. Ambik kau... nakal sangat. Hehee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...