Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Wednesday 11 August 2010

Barisan Mat Tembok Bersama Allahyarham Sofi

Tadi tengahari 8 Ogos 2010.. sebelum bertolak balik ke Sekolah jam 2.00pm sempat saya menatap kembali gambar2 lama yang ada dan sempatlah snap beberapa gambar untuk dimuatkan di ruangan ini dan berkongsi memori lama. InsyaAllah selepas ini saya akan muatkan beberapa gambar lagi. Buat masa ini kelajuan internet sangat-sangat tidak mengizinkan dan inilah yang sering terjadi di kawasan kami di sini. Kawasan pedalaman katakan... Kalau ikutkan iklan "streamix"bukan main lagi, hebat tetapi servis amat malang... Bayaran mesti tepat masa. Apalah lagi dengan signal Hp, nak call out macam nak cari bom zaman jepun yang terbenam dalam tanah. Tetapi kerana semangat nak berkongsi sesama rakan saya gunakan 1515 - kelajuan 33.6 Kbps. Nak masukkan gambar yang satu di atas pun, letih menunggu... tapi tak apa, yang penting sama-sama dapat menatap gambar lama ini yang dah nak bertukar warna. Memang nampak klasik betul. Gambar bersama Allahyarham Sofi. Gambar ini di ambil ketika sedang menunggu bas Gunung untuk pulang ke rumah. Sebelum ini, saya juga kehilangan sahabat yang bernama Sofi bin Salleh yang sama-sama menuntut di UUM, beliau bekas pelajar SMK D. S. Omar. Semoga roh mereka ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan roh orang-orang yang beiman. Alfatehah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...