Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Thursday 19 August 2010

Tingkatan 6 Atas B 1985

Hah.. inilah gaya yang ditunjukkan oleh Putera dan Puteri Tingkatan 6 Atas B 1985, besila panggung bergambar bersama-sama dengan guru tingkatan Cg Tan dengan daya usaha sendiri. Kalau tidak salah gambar diambil pada jamuan hujung tahun atau pada "sambutan hari guru". Banyak kenangan saya dalam kelas ini. Pertama "Krisis" dengan dengan Cikgu Siti Salimah, Setiap kali dia masuk kita kena membentang kertas kerja sejarah. Alasannya nanti senang bila pergi ke Universiti kita dah biasa dengan keadaan begitu. Setelah kertas kerja siap dibentang dan dikomen dan dipaksa komen oleh rakan-rakan, kita akan menaip atas stensil, "digelek" dan edarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Krisis berlaku apabila suatu hari Cg Siti masuk ke dalam kelas dan duduk menulis buku rekod mengajar dengan mengarahkan semua pelajar membaca buku sejarah secara senyap. Oleh kerana mahu memastikan kelas tidak bising beliau menjarakkan pelajar dan saya duduk betul-betul dihadapan beliau. Pada masa tersebut, mana lah kita tahu tentang buku rekod mengajar tersebut, saya meninjau2 lah nak tengok. Apa yang ditulisnya banyak2 dalam buku tersebut. Tiba-tiba beliau bertanya, kenapa saya meninjau2, buatlah kerja sendiri.
Barangkali, dia tidak selesa atau merasa terganggu sebab kesuntukan masa untuk menghantar buku rekod (Buku yang menjadi kebanggaan pelajar jika cikgu suruh ambil di dalam bilik guru) tersebut kepada pengetua untuk disemak. Lalu beliau membandingkan saya dengan adik yang ketika itu di tingkatan 5 di KSAH (sebelum itu belajar di SMTAM) dan beliau pernah mengajar adik saya di tingkat 4. Katanya, saya dengan adik jauh beza, dia lebih kuat belajar.... Maksudnya saya tidak rajin lah... Saya tidak marahkannya tetapi tercabar, kerana saya menganggap adik saya, dia adalah dia dan saya adalah saya...
Ekoran dari itu saya tidak cakap banyak dalam kelasnya dan sangkaannya saya "Boikot". Saya bukannya "Boikot", tetapi rasa kurang senang. Akhirnya dia membebel sehingga katanya, dia makan gaji haram. Pada hal saya atau pelajar-pelajar lain (yang dimarahi kerana saya) tidak menjawab apa2 pun... Akhirnya selepas kelas saya mohon maaf sahaja lah..
Semasa dalam tingkatan 6 inilah saya telah membelanjakan duit RM270/= membeli mesin taip sendiri. Puas pujuk ayah tambah duit sikit, duit biasiswa tak cukup nak beli. Akhirnya dengan bangganya, ada mesin taip "Olympus" sendiri dan mulalah angan2 nak jadi penulis ditambah lagi dengan secara tidak sengaja saya telah memenangi hadiah kedua pertandingan menulis sajak berunsur islam, anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan hadiah disampaikan di Dewan Maktab Mahmud. Terima kasih jugalah kepada cikgu Siti kerana dengan kertas kerja inilah, saya mengenali mesin taip dan belajar menaip walaupun dengan menggunakan dua tiga jari sahaja sehingga zaman komputer sekarang ini.
Kedua, terima kasih dengan rakan-rakan iaitu Sarimah, Tarmizi Shahidan dan Norliza kerana dengan adanya group perbincangan, mampu mengingati fakta-fakta dalam peperiksaan tetapi malangnya 4 orang dari kami hanya saya dan Sarimah yang dapat ke U, manakala Tarmizi berusaha lagi tetapi tidak berjaya juga. Norliza juga begitu, berusaha lagi dan selepas itu tidak dapat dihubungi lagi. Bagi rakan-rakan sekelas, saya seperti dulu juga. Diharap rakan-rakan yang lain yang berjaya pun diharap dapat bersama-sama kita di sini. Rakan-rakan yang tidak berjaya ke Universiti jangan rendah diri kerana kita telah berjaya di bidang lain. Yang penting bagaimana kita mencari rezeki untuk keluarga kita. Berhubunglah sesama kita dan rapatkan silatulrahim yang selama ini renggang terlalu jauh dan memakan masa yang berbelas tahun untuk bertemu semula.
Ketiga, Pada masa tingkatan 6 ini, kita selalu marahkan Pekerja Am, Maniam yang selalu marahkan kita buka kipas angin kerana sekolah nak jimatkan belanja. Akhirnya dia datang dan matikan suis kipas dan hanya satu saja berfungsi iaitu dibahagian depan.. Aduh waktu itu panas!!.. panas lagi bila mengenangkan sesuatu yang ada ditiadakan....
Masih ingat tak dengan cikgu Khairul Bariah.... Pembaca berita bergerak?
Catatan : Mohamad Shariff Bin Mat Saa
d

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...