Walt Disney

You Can Dream, Create, Design and Build The Most Wonderful Place In The World.... But It Requires People To Make The Dream a Reality. [ Anda Boleh Mengimpi, Mencipta, Mereka Bentuk dan Membina Tempat Yang Menakjubkan di Dunia... Tetapi Ia Memerlukan Orang-orang Lain Untuk Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan] - Walt Disney

Thursday 19 August 2010

Tahniah Kakak dan Hafiz

Alhamdulillah, cuti akhir tahun 2009 nampaknya satu percutian yang sangat berharga dan penuh dengan kegembiraan. Semua perkara berjalan lancar atas kehendakNya seperti yang dirancang. Ayah dan Mak selamat mendapat menantu pertama, Lelaki. Kakak (panggilan keluarga kepada Asma Laili - orang no 4 dari 5 orang adik beradik) telah bertemu jodohnya dengan Mohd Hafiz Mohd Nazim.

Kepada Mohd Hafiz, selamat menjadi ahli keluarga kami, semoga anda berdua dapat menjalani kehidupan suami isteri yang penuh kasih sayang dan penuh berkat bermula 12.12.2009 setelah diijab qabul di Masjid Al-Rahmah, Taman Wira. Kepada kakak dan suami, uruskanlah rumahtangga sendiri supaya menjadi yang terbaik kerana dalam liku-liku kehidupan ini berbagai cabaran akan kita tempuhi. Dalam melayani suami, jangan lupa akan tugas yang juga tidak kurang beratnya iaitu memartabatkan profesion kita sebagai pendidik. SMK Mergong, juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada kakak untuk menjadi sekolah cemerlang. Pandai-pandailah membahagikan masa.

Bergambar, selepas selesai majlis Akad Nikah bersama-sama dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Kesihan Hafiz, pucat. Dugaan. Lelaki tak apa Fiz, berakhirlah cabaran selepas cabaran bersunat. Walaupun beberapa kali keluar masuk tandas akhirnya sekali lafaz dah sah menjadi suami isteri.

Kepada semua ahli keluarga Mohd Hafiz, tahniah saya ucapkan. Sangat sporting. Sangat terasa keakraban dan kemeriahannya. Terutama abah dan emak, adik beradik, saudara mara, Tok Wan dan Tok serta keluarga dari Tanah Suci, walaupun bertutur bahasa melayu tersekat-sekat, bercampur-campur dengan bahasa arabnya tetap juga berbual itu dan ini. Kami sekeluarga amat berterima kasih atas jemputan makan abah dan mak Hafiz di Restaurant Mama dan jemputan makan oleh Tok Wan dan Tok di rumahnya sebelum kami balik ke Sibu. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mesranya pengantin lelaki melayani isteri. Mak mertua kamek madah kitak lelaki sejati, hebat.. best le Gentlemennn. Macam tu lah. Layan isteri baik-baik. Ada makna tu...

Sedang berbisik apa tu? Tok dengarlah, tersenyum pulak tu. Apa agaknya yang dikatakan oleh kakak. Sedang Plan masa depan kot? Atau Plan nak pergi bulan madu. Di mana ah ? Apa dekat Kelab Golf Cinta Sayang, S.P? Patutlah Tok senyum... Jangan marah No. Usik-usik...

Ini Raja mana la pulak? Garang betul nampaknya. Dah lapar kot, mana dayang-dayang tak layan maharaja dan permaisuri santap. Apa hal memanda bendahara tunduk je. Dah kena sekeh ke. Baginda sultan dah murka tu. Jangan main-main. Adinda yang sebelah tu bila lagi nak makan nasi minyak?


Pertama kali buat kenduri secara layan diri. Almaklumlah sekarang semua orang sibuk. 3 kali kenduri semuanya rewang dan di adakan di Kampung sungai Baru Tok Keramat. Makanannya sedap, bagi orang lain tak tau lah. Penyediaannya nampak teratur dan profesional. Kali ini majlis diadakan di Taman Selayang, Mergong.

Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan semua jiran dari dari taman dan penduduk Kampung Sungai Baru, Ya Allah, dalam majlis ini saya rasa semua jemputan emak dari kampung tidak ketinggalan datang. Walaupun ada yang sakit lutut, kencing manis, jantung dan macam-macam sakit tetap juga berkunjung. Walaupun saya dah meninggalkan kampung hampir 17 tahun di Sarawak, masih lagi mengenali antara satu sama lain - apa tidaknya antaranya rakan-rakan sepermainan dulu. Sama-sama mandi sungai.. kenangan yang tak dapat dilupakan, sama-sama kena kejar bapa masing-masing. hehe..

Makan dulu bang, nanti main lagu best-best. Makan kenyang-kenyang. Maaf bang masa kitak orang balik kami tak sempat nak bagi apa-apa. Semua orang tersibuk dan tak perasan semua berkemas dan terus pulang. InsyaAllah ada sorang lagi adik kami belum kahwin, Nanti kami jemput lagi. Jangan serik la no.

Tahniah. Semua lagu yang dimainkan sedap-sedap. Sangat menghiburkan. Saya memang minat dengar lagu-lagu nie. Kalau dulu ada pertunjukkan wayang kulit saya tak lepas peluang nak pi tengok. Sekarang pun saya masih simpan CD lagu-lagu gendang silat dan CD wayang kulit. Selalu juga saya mainkan. Di Sibu, Sarawak pun ada tapi depa panggil Bergendang. Orang pompuan pukul gendang orang laki bertandak sambil lawan pantun. Ok lah jugak.

Aik.. apa pasai termenong pulak nie ? Jangan susah hati kali ini periuk belanga, kawah semua tak perlu lagi kita cuci. Inilah Pak Ndak Tn. Haji Abdul Talib, satu-satunya adik mak. Depa 2 beradik saja yang masih hidup, seibu dan sebapa. Yang lain semua meninggal masa masih baby. Ada sorang lagi kakak tiri, pun sama tinggal sorang saja, yang lain meninggal semasa baby. Tok Wan Haji Yaacob juga dah meninggal, Tok masih ada. Allahyarham Tok Wan nie agak pelik sikit, diceritakan oleh mak dulu, sebelum anak-anaknya meninggal dia dah belikan kain kapan siap-siap. Dulu kan susah nak keluar. Jalan pun taklah macam sekarang. Tahun 1980, masa tu saya masih sekolah, dia datang ke rumah, dia beritahu mak, dia mungkin tak lama lagi nak... batu nisan dengan tarikh lahir tanpa tarikh kematian dah ditempah dan diletakkan di bawah rumah di K. Nerang dan berpesan kuburnya mesti dekat dengan jalan supaya anak cucu senang nak ziarah, di perkuburan islam K. Nerang. Mak memang percaya. Mak pun pergilah seperti yang diberitahu, dalam masa 2-3 hari betul-betul dia meninggal. Al-fatehah...
Terima kasih banyak-banyak Pak Ndak, kami mohon maaf kerana terpaksa meletakkan harapan yang tinggi dalam menguruskan perkahwinan Kakak (adik- panggilan kakak). Terpaksa hari-hari ulang alik dari Kuala Nerang ke A. Setar. Jauh juga tu. Apa nak buat kamek tak dapat cuti awal. Esok nak cuti, hari ini baru PPD lulus. Selagi SPM tak habis bermakna tak dapatlah nak cuti. Zainol dan Rosli pun macam tu jugak. Mohon maaf juga masa kami balik ke Sibu tak dapat jumpa. Mak Ndak kata Pak Ndak terpaksa ke Kelantan ada kursus. Walaupun dalam beberapa perkara, kita berbeza pendapat, tetapi kita dapat lagi duduk berbincang dan mencapai kata sepakat. Saya mengalahlah, Bagi laluan pada orang tua. Nanti tulah pulak..Orang kata air dicincang tak akan putus kan? Saya tabiklah. Orangnya nampak garang tapi hatinya baik sangat.
LANGKAWI PULAU BUANG DUIT DAN BUAT DUIT
Kebiasaannya jika mula bercuti saya akan berpesan kepada guru-guru dan pelajar supaya pergi mana-mana tempat, melancong. Selain menjaga kesihatan dan keselamatan. Bila kita melihat pemandangan yang cantik-cantik di samping keluarga, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan semasa kita bekerja. Selang 2 hari selepas perkahwinan kakak, saya dan keluarga mengambil keputusan untuk ke Pulau Langkawi. Lama dah tak menjenguk ke sana. Saudara mara memang tak ada le... tetapi saja-saja nak buang duit.
Musim cuti sudah tentu ramai wisata, dari luar dan dalam negeri. Dalam feri pun ramai mat salleh dan Mem. Yang duduk sebelah saya ari tu pelancong dari Iran. Katanya Malaysia Good, Aman dan dia merasa tidak takut walaupun berjalan sorang-sorang. Begitulah doa kita. Sekarang nie macam-macam hal timbul. Banyak isu-isu sensitif yang cuba diketengahkan. Nak porak peranda sekejap sahaja. Tetapi untuk membina semula negara bangsa akan mengambil masa yang lama, bertahun-tahun.
Pemandangan di Jeti Feri Kuah, Langkawi.
Orang ramai berpusu-pusu menaiki feri dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala kedah. Jam 5.30 petang. Tengok tu, macam-macam mereka beli kan? Murah lah katakan. Pulau bebas cukai. Bagi mereka yang merokok, boleh hisap sampai kentut keluar asap. Manakan tidak harga di tanah besar Rm9.30 tetapi di Pulau Langakawi baru Rm6.50 ( kalau tak silaplah).

    Banyak perubahan yang berlaku di Langkawi. Pulaunya lebih indah dan bersih berbanding dulu. Jalan-jalan yang menghubungi tempat-tempat menarik telah dinaik taraf dan lebar. Barangkali persediaan untuk LIMA (Langkawi International Maritime and Airshow) yang baru saja berakhir. Banyak tempat menarik di sana, tetapi kali ini kami sekeluarga hanya memilih ke Galeri Perdana, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Melihat kawasan burung helang dan Pulau Beras Basah. Selebihnya shopping di Pekan Kuah dan Jalan-Jalan Cari Makan. 2 hari berada di Langkawi memang tidak cukup, tetapi memadailah. Lagi lama di sana tak ada tangan nak bawa balik barang. Macam-macam nak beli. Murah..

    Semasa di Pulau Dayang Bunting, tiba-tiba saya terserempak dengan cikgu Jazman, Orang sibu, Kahwin dengan Orang Yan, Kedah. Wow..! terkejut saya dibuatnya. Betul ke cikgu Jazman nie? Speaking.. Bila dah lama berbual dengannya, baru dia beritahu. Semasa cuti begitulah masa nak buat duit. Bawa pelancong. Terutama pelancong luar negeri. Banyak kantau. Tak balik kampung pun tak apa, asalkan pendapatan sampingan lumayan. Penguasaan Bahasa Inggeris pun dapat di pertingkat. Kalau anda ke Pulau ini, jangan lupa melawat tandasnya yang bertaraf 5 Bintang dengan bayaran 50 sen dan hati-hati kera yang ada di sini ganas-ganas, tak ada minta-minta punya, nak minum dan makan. Main rampas saja apa yang di bawa oleh pelancong. Minuman tin Coca-cola paling diminati.

    Tak sah ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi jika tidak bergambar di Dataran Lang, Tak jauh dari Jeti Kuah.

Bergambar kenangan bersama kerbau.. di Muzium Padi dekat dengan Gunung Keriang, Alor Setar. Bawalah anak-anak melawat muzium ini. Sangat menarik.

Razak, selamat bertugas di Kuching, Sarawak. Sampai pencen ka? Tahniah.. sesiapa yang naik pangkat mesti bergerak. Mana-mana pun boleh. Biasalah Penjawat Awam. Saya yang menurut perintah...

Copy dari blog www.moshar2000.blogspot.com - N3 13.1.2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
script> var linkwithin_site_id = 133291; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...